02 Februari 2012

NFC hantar polis halau JINGGA 13




NFC dalam ketakutan yang amat sangat, ini gara-gara sudah terlalu banyak pendedahan dilakukan oleh pakatan rakyat dan NGO yang rapat dengan pakatan.

Dari kisah pembelian kondo One menerung hingga kes kad kredit, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan Dana penternakan lembu yang diberi kepada syarikat keluarga ketua wanita umnoapco itu.

Tak kisahlah "tukanglawan" jika semua wang yang dikatakan telah diseleweng itu wang kepunyaan NFC sendiri, namun bila ianya wang rakyat yang dipinjamkan kepada keluarga itu, tambahan lagi untuk kepentingan rakyat, dalam isu ini untuk penambah bekalan daging mentah untuk pasaran dalam negara yang sememangnya tidak cukup "tukanglawan" tidak mahu sekadar jadi warganegara yang senyap dan senang diperbodohkan.

Untuk tujuan apa sebenarnya syarikat itu membeli kondo mewah di dalam dan luar negara?, apa kaitan pula pembelian kereta mercedes mewah dengan percutian melampau ke luar negara, dan apa kene mengena pula pembelian 2 bidang tanah yang sememangnya tidak sesuai sama sekali dijadikan padang ragut untuk "lembu" sharizat?

Sikit pun tidak ada kena mengena dengan tujuan asal wang dana itu diberikan. telah tersasar jauh dari matlamat utama iaitu memperbanyakkan lembu-lembu supaya makin banyak daging dapat dipasarkan bagi tujuan pemakanan rakyat negara ini.

Apa sudah jadi ni, mana dia ladang-ladang setelit yang sepatutnya ditubuhkan untuk membantu orang-orang kampung memulakan penternakan lembu? nampaknya yang ada hanya ladang NFC yang luas tapi tiada lembu itu.

Melihatkan ini, kenyataan Noh Omar bahawa projek ini berjaya pasti tidak langsung dapat diterima akal. berjaya apakah dalam tempoh yang panjang tidak sampai 10 ribu ekor pun lembu dihasilkan?, padahal sasaran awal 60 ribu ekor lembu perlu dihasilkan. berjaya apakah jika sasaran untuk mewujudkan ladang setelit tidak tercapai.
NFC ternata gagal menguruskan wang rakyat, malah lebih teruk, wang ini dikatakan telah digunakan untuk tujuan peribadi, pembelian kereta mewah contohnya, apakah lembu harus diangkut dengan mercedes berharga hampir RM600,000.00 sudah pastilah tidak, kereta semewah itu pasti akan digunakan oleh keluarga sharizat.

Apakah 2 unit kondo One menerung digunakan untuk menternak lembu didalamnya?, sudah pasti bukan, mana mungkin mampu lembu-lembu yang berjumlah hampir 8 ribu ekor itu dibawa naik dengan lif yang kecil itu, jika di kondo Orchard Scoots singapura mungkin boleh, kerana lifnya agak luas, tapi itu pun hanya boleh memuatkan 4 ekor lembu sekali naik dengan selesa.

Itu belum lagi kisah pembelian 2 ekar tanah yang sampai sekarang masih belum bertukar nama di putrajaya, belum lagi pengaliran wang ke singapura dan belum lagi kes pembayaran wang kepada syarikat pelancongan atas alasan melawat lembu. ini semua kerja gila yang dilakukan oleh NFC, sampai satu tahap, kerja gila akan buat tuannya gila juga.

Paling baru, Persoalan yang timbul kerana salahguna wang dana itu dengan berbelanja sesuka hati dengan menggunakan kad kredit peribadi tapi dibayar oleh syarikat oleh 4 orang individu iaitu pegawai tertinggi NFC yang juga suami ketua wanita umno itu sendiri, anaknya, anaknya lagi dan seorang anaknya lagi juga mendapat perhatian ramai.

Jika syarikat yang benar-benar profesional, mana mungkin perbelanjaan peribadi bibayar oleh syarikat, jika benarlah kad kredit itu digunakan untuk perniagaan, mengapa ia menggunakan nama peribadi?

Menjelaskan isu tersebut, NFC sendiri telah mengadakan sesi penjelasan kepada NGO- NGO yang diketuai oleh PERKASA, persoalannya, mengapa NGO yang rapat dengan pakatan rakyat tidak dijemput hadir,

JINGGA 13 sebuah NGO yang sangat ditakuti keluarga sharizat sekarang langsung tidak memaklumkan dan menjemput wakil ke sesi tersebut, padahal JINGGA 13 yang selalu mendesak pelbagai soalan dijawab, ini mereka lakukan dengan laporan polis dan SPRM yang telah mereka buat, merekalah pihak yang sepatutnya diberi penjelasan lanjut berkaitan isu ini. mengapa tidak dipanggil?, atau ada sesuatu yang mahu disembunyikan NFC.

Namun bila JINGGA13 datang sendiri ke pejabat NFC di sebuah kawasan perniagaan elit dan mewah di Month Kiara, mengapa NFC tidak mengalu-alukan kedatangan JINGGA 13, kenapa tidak NFC menjelaskan secara terperinci tentang apa persoalan yang sedang bermain difikiran rakyat? malah lebih hina hanya menghantar wakilnya yang entah siapa-siapa untuk berhadapan dengan JINGGA 13,

Pintu ditutup rapat seolah-olah JINGGA 13 mahu datang membongkar segala fail dan menjalankan siasatan sendiri, bukan mahu apa-apa pun, hanya mahu menghantar memorandum cara baik pun tidak mahu terima, lebih hebat lagi, Polis Bantuan diminta mengusir JINGGA 13 dan wartawan yang hadir.

Jelaslah kini NFC makin takut, .. mengapa takut, anda fikirlah sendiri.
# Baca tentang NFC disini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...