26 Disember 2011

SKANDAL NFC : DATUK CUBA RASUAH RM1.7 JUTA

Polis menahan semula lelaki dikaitkan dengan skandal NFC



KUALA LUMPUR, 26 Dis – Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.

Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.

Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut menafikan perkara berkenaan.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan cubaan merasuah tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial.

Suspek sebelum itu dikehendaki untuk siasatan berhubung kes penipuan yang dilaporkan tiga minggu lalu di Cheras dan juga kes berasingan di Bercham, Ipoh.

SPRM turut menjalankan siasatan terhadap skandal NFC tersebut, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan ia terletak di bawah kuasa polis.

Badan berkenaan sebelum ini menyerahkan kes tersebut kepada polis yang kini menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah.

Namun demikian, SPRM turut mendedahkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Siasatan SPRM Datuk Haji Mustafar Ali untuk menyiasat penyelewengan dana kerajaan tersebut.

Jumaat lalu, badan berkenaan telah melakukan serbuan terhadap pejabat NFC dan turut merampas satu unit komputer dan empat sampul surat berisi dokumen berkaitan skandal terbabit.

Berikutan siri pendedahan terhadap skandal NFC tersebut, PKR telah membuat permintaan agar SPRM menyiasat skim berkenaan yang telah disalah gunakan.

Wakil parti berkenaan telah membuat laporan polis di pejabat SPRM di Shah Alam dan menyerahkan dokumen lengkap yang didakwa bukti salah laku berkenaan.

PKR mula mengambil tindakan terhadap apabila skandal ini apabila sejumlah RM250 juta dana kerajaan telah diselewengakan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Sejak itu, komponen Pakatan Rakyat berkenaan semakin aktif mengeluarkan bukti-bukti berkaitan skandal terbabit termasuk penggunaan dana berkenaan untuk percutian Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ke luar negara danpembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar.-TMI

Komen: Jumlah besar peruntukan untuk menutup kes ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...