27 Disember 2011

LANGKAWI, BOT NELAYAN KARAM 5 AWAK-AWAK HILANG

Bot Nelayan Karam, Lima Awak-Awak HIlang


LANGKAWI: Lima awak-awak hilang manakala tujuh lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian tiga bot nelayan karam di perairan Pulau Segantang di sini pagi Isnin, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata agensi itu menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira 10 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat mengunakan bot penyelamat dan pesawat udara APMM digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan itu, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Isnin.

Pasukan APMM berjaya menemui dua buah bot dan menyelamatkan tiga awak-awak yang dibawa ke Jeti Bukit Malut manakala empat lagi awak-awak diselamatkan nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti Kuala Kedah, katanya.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat sebuah lagi bot dan lima awak-awak yang masih hilang akan disambung pagi Selasa. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...