27 Disember 2011

TOP 10 BERITA TERPANAS 2011

Pilihan pembaca: 10 berita terhangat 2011


Berbeza daripada tradisi Malaysiakini sejak sedekad lalu, kali ini pembaca diberi peluang untuk memilih topik berita terpenting sepanjang 2011.

Seramai 1,056 pembaca mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan pada minggu lalu.

Pembaca ini memilih tajuk yang diminati mereka daripada kesemua 21 topik yang disediakan Malaysiakini – dengan memberi nilai '0' untuk yang terendah dan '10' untuk tajuk yang paling diminati.

Tidah hairanlah, perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai menjadi topik paling popular di kalangan pembaca untuk tahun ini.

Mengekor rapat di nombor dua ialah liputan berita untuk skandal dalam National Feedlot Corporation – hanya ketinggalan 91 undi di belakang berita nombor satu untuk 2011.

Kontroversi di sebalik cincin bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mencuri tempat di nombor tiga, lebih tinggi daripada minat yang ditunjukkan untuk tajuk berita berkaitan kegiatan aktivisme pelajar serta kempen untuk memansuhkan AUKU.

Liputan untuk pilihan raya negeri Sarawak pula, yang menyaksikan peningkatan penguasaan pembangkang di negeri itu, dipilih ke tempat lima oleh pembaca.

Liputan berhubung siasatan suruhanjaya diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock dan kontroversi yang timbul daripada kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung Mat Indera pula meraih tempat keenam.

Liputan ke atas pertikaian yang ditimbulkan ke atas daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pula meraih tempat ketujuh, diikuti dengan langkah tidak konsisten kerajaan berhubung dasar untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Tidak terkecuali, liputan berhubung dakwaan mengenai usaha minoriti Kristian untuk mengambil alih negara.-mk

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...