19 November 2014

TANDA-TANDA GAWAT 1998 AKAN BERULANG?



Jualan Kenderaan Pada Oktober Merosot




KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan untuk Oktober 2014 merosot kepada 54,187 unit daripada 55,078 unit pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Menurut MAA kedua-dua segmen kenderaan penumpang dan komersil merekodkan jualan yang rendah pada Oktober dengan jualan pada bulan tersebut merosot kepada 47,544 unit berbanding 47,930 unit pada tahun lalu, manakala jualan kenderaan komersil susut kepada 6,643 unit daripada 7,148 unit.

Tahun ke tahun, jumlah jualan keseluruhan industri itu 1.01 peratus lebih tinggi pada 546,492 unit berbanding 543,048 unit dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.

Jumlah keseluruhan kenderaan komersil dan penumpang pada bulan lepas turun kepada 45,763 unit daripada 54,549 unit pada tahun lepas, kata MAA.

Pengeluaran segmen kenderaan penumpang pada Oktober susut kepada 41,133 unit berbanding 50,184 unit pada bulan yang sama tahun lepas manakala jumlah kenderaan komersil pula meningkat kepada 4,630 unit daripada 4,365 unit.

Mengenai prospek, MAA menjangkakan jualan untuk November akan mengekalkan momentum September disebabkan pelanggan berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman sewa beli.



Perjanjian penggabungan CIMB, RHB, MBSB selesai suku pertama 2015


CIMB Group Holdings Bhd. menjangkakan dapat memeterai perjanjian berhubung cadangan penggabungan dengan dua lagi institusi kewangan di negara ini, RHB Capital Bhd. dan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) pada suku pertama 2015.

Pemangku Ketua Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz berkata, ketiga-tiga pihak sedang mengadakan rundingan mendalam mengenai urusniaga tersebut.

"Berhubung cadangan penggabungan, ketiga-tiga pihak sedang berunding secara mendalam dan sedang menjalankan proses penyelidikan teliti (due-diligence). Kami menjangkakan pemeteraian perjanjian dapat dilakukan pada awal suku pertama tahun hadapan," katanya dalam satu kenyataan mengenai prestasi kewangan Kumpulan CIMB di sini hari ini.

Kumpulan CIMB mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak RM2.906 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding RM3.502 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu yang mana turut merangkumi hasil daripada penjualan CIMB Aviva serta caj-caj penstrukturan semula bernilai RM365 juta.

Bagi suku ketiga tahun kewangan 2014, kumpulan perbankan tersebut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM890 juta, menyusut 16.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar, keuntungan sembilan bulan pertama tahun ini banyak menerima tempias akibat persekitaran sukar perniagaan di Indonesia ditambah pula dengan Rupiah yang semakin lemah sehingga menyebabkan keuntungan sebelum cukai CIMB Niaga merosot sebanyak 36.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.


"Pasaran modal serantau juga kekal lemah sehingga menyebabkan prestasi perbankan pelaburan dan perbendaharaan dan pasaran turut terjejas. Bagaimanapun, perbankan pelanggan bagi pasaran Malaysia adalah sangat baik sementara CIMB Bank Singapura dan CIMB Thai terus berkembang kukuh," katanya lagi. - MalaysiaGazette



"Jepun mengalami kemelesetan mengejutkan dan seluruh kawasan Asia berada di bawah tekanan," kata Carl Larry, Pengarah Minyak dan Gas Frost & Sullivan.

Ekonomi Jepun meleset, harga minyak terus jatuh

Harga minyak terus menunjukkan trend penurunan selepas Jepun dilaporkan mengalami kemelesetan ekonomi dan pandangan skeptikal OPEC akan mengurangkan pengeluaran minyak.

Penanda aras West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember susut AS$0.18 kepada AS$75.64 setong.

Minyak mentah brent pula juga jatuh kepada AS$79.31 setong di London.

Ekonomi Jepun menguncup 0.4 peratus pada suku ketiga disebabkan semakan penurunan 1.9 peratus pada suku kedua.

"Jepun mengalami kemelesetan mengejutkan dan seluruh kawasan Asia berada di bawah tekanan," kata Carl Larry, Pengarah Minyak dan Gas Frost & Sullivan.

Tambahnya, situasi terbaru itu bakal menambah dilema kepada OPEC yang akan bersidang di Vienna pada 27 November ini.

Harga minyak menyaksikan penyusutan sebanyak 25 peratus sejak Jun lalu.

Setakat ini Venezuela dan Ecuador mahu pengeluaran emas hitam itu dikurangkan tetapi Arab Saudi masih kekal dengan pendirian untuk tidak berbuat demikian. -


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...