19 November 2014

PANAS! POLIS CEDERA DITUMBUK POLIS DI IPOH

Gambar Khiasan

Polis cedera ditumbuk polis




Seorang pegawai polis yang mengetuai unit integriti di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak ditumbuk oleh seorang anggota polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Ipoh, petang Sabtu lalu.

China Press melaporkan, kejadian itu dipercayai berlaku selepas anggota polis tersebut tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan tatatertib oleh mangsa yang merupakan pegawai unit integriti.

Mangsa telah membuat laporan polis setelah dicederakan, tetapi suspek turut membuat laporan dengan versi berlainan.

Anggota polis yang kini merupakan suspek itu mendakwa dia menumbuk pegawai atasan kerana marah selepas mangsa menunjukkan isyarat kurang sopan menggunakan jari.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai rekod disiplin, malahan pernah ditukar dan digantung kerja.

Difahamkan suspek telah menumbuk bahagian muka pegawai atasan sehingga mencederakan bahagian mata mangsa.

Suspek dikatakan turut mencabar mangsa supaya bertarung di luar restoran, namun pegawai unit integriti itu tidak menyahut cabaran tersebut kerana telah cedera di bahagian mata.

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menyiasat kes polis tumbuk polis tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Huhuuu.. Apasal tak draw macam koboi? Baru la tau sapa hero keling. Dua dua bodoh macam kaldai. Kecik kecik tak nak mampus. Dah tua buat kecoh pulak! Haaaark, tuuuuih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...