21 November 2014

BERITA BARU MASUK: HARGA RON95,DIESEL AKAN DIAPUNG MULAI 1 DIS. TIADA LAGI SUBSIDI



Harga RON95, diesel diapung terkawal mulai 1 Dis.

PUTRAJAYA 21 Nov. - Berkuat kuasa 1 Disember ini Kabinet bersetuju menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Pada masa sama, katanya, subsidi untuk bahan api tersebut juga akan dihapuskan. - UTUSAN ONLINE

JANGAN AMBIK CUKAI SUDAHLAH .......


Hapus subsidi untuk tanggung pembaziran Putrajaya, kecam PKR


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata langkah menghentikan subsidi RON95 dan diesel dilihat seperti hendak menanggung pembaziran yang berlaku di Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.

PKR mengecam pengumuman Putrajaya yang memansuhkan subsidi bahan api RON95 dan diesel, menyifatkan langkah tersebut sebagai menanggung pembaziran yang dilakukan oleh pemerintah.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha membolot seluruh kekayaan negara dengan mengambil langkah menghapuskan subsidi selama ini yang dinikmati rakyat.

"Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional.

"Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, terbukti tidak berniat menghapuskan rasuah, malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi juga mempertikaikan langkah tersebut kerana dilihat lebih untuk membiayai pemborosan dan rasuah yang berlaku dalam Putrajaya.

"Penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Najib."

Dengan keputusan penghapusan tersebut, Rafizi berkata rakyat kini tidak lagi menikmati kekayaan bersama subsidi bahan api, sebaliknya akan dibelanjakan dengan sewenang- wenangnya.

"Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi samada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara.

"Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya," katanya.

Ahli Parlimen Pandan tersebut juga menggesa supaya Putrajaya menarik balik langkah tersebut, sebaliknya membenarkan syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling.

"Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata satu demonstrasi akan diadakan bagi membantah pengumuman tersebut pada 31 Disember nanti.

"Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan," katanya.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dengan pengumuman ini, harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.


Penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...