20 November 2014

PUNCA SEBENAR KAMPUS TETAP KUIN NAK DIJUAL DULU TERBONGKAR??

Pembangunan Insan DiKata Kesilapan , banyak ke setakat RM44 juta setahun hanya RM3.67 juta sebulan?

Kita rasa ini menunjukan ketidak mampuan kerajaan sekarang menguruskan sebuah instusi yang mempunyai potensi untuk maju jika diuruskan dengan betul.


Ada ura-ura Kampus tetap akan dijual semasa BN baru mengambil alih tampok kerajaan pada tahun 2013 tetapi setelah campur tangan pihak istana benda ini disenyapkan?




Pembinaan Kampus Tetap Kuin Kesilapan Pelaburan Pakatan Rakyat



ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menyifatkan pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil adalah kesilapan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, rancangan membina kampus yang terlalu besar di Kuala Ketil meninggalkan kesan kewangan yang serius kepada kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM44,508,000 setahun selama 15 tahun sehingga 2024 bagi menjelaskan kos pembinaan kampus Kuala Ketil, yang bernilai RM327,665,000 dan faedah pinjaman sebanyak RM206,428,950, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM534,093,950.

"Walaupun kampus Kuala Ketil siap dibina dengan kos RM327,665,000 tetapi ia tidak termasuk kemudahan asrama. Kerajaan negeri terpaksa menyempurnakan pembinaan asrama dalam kampus yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat tanpa mengikut prosedur dengan kos sebanyak RM12,876,072. Kos ini hanyalah untuk pembinaan lapan blok asrama sahaja tanpa kemudahan surau, kafetaria dan pejabat pentadbiran asrama.

"Kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos emolumen yang tinggi iaitu 85 peratus daripada jumlah pendapatan Kuin kerana pengambilan staf yang tidak terkawal dan tidak mengikut kemampuan kewangan. Sehingga kini, jumlah staf Kuin adalah 539 orang," jelasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Peruntukan Tahun 2015 dan Ucapan Bajet Negeri Kedah 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

Tajul Urus berkata, kerajaan negeri juga terpaksa menangani beberapa isu berkaitan kewangan setelah mengambil alih Kuin pada 2013 iaitu kedudukan kewangan Kuin yang tidak stabil dan mengalami kerugian RM3,589,681 pada 2013, hutang kepada pembekal, tunggakan bil utiliti dan sewa asrama sebanyak RM3,847,514, hutang Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat RM10,661,225.43 selain saman yang perlu dibayar sebanyak RM1,561,571.

"Jumlah keseluruhan hutang yang perlu diselesaikan adalah sebanyak RM16,070,310. Bagi mengurangkan kemelut dan beban kewangan Kuin, kerajaan negeri Kedah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tindakan-tindakan perlu dan berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak RM5,050,947 daripada bayaran gaji staf bagi 2013 berbanding 2012," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak menafikan perbelanjaan untuk pendidikan adalah pelaburan bagi membangunkan generasi pada masa hadapan.

"Kerajaan BN sangat mengambil berat soal pendidikan. Ini terbukti kerana kitalah yang menubuhkan Kuin sejak 1995 daripada sebuah institut/kolej dan seterusnya dinaikkan kepada kolej universiti pada 2006," katanya. ~MStar



Kalau hangpa rajin baca lagi dibawah.....dari blog AnakKedah007:


Bila EXCO KEDAH BODOH sebab tu dia kata bina KUIN satu kesilapan..!!


BAYAQ JANGAN TAK BAYAQ... JIKA RUGI KALU DAN HANGPA BERANI JUAL LAH KUIN TUU...
ALAA BAYAQ UNTUK ANAK BANGSA SEAGAMA MENUNTUT ILMU..TAKAN SALAH KOT...

PIE BUAT PEKAN RABU BOLEH, LAPANGAN TERBANG BOLEH, BANDAR GETAH BOLEH, TAPI NAK BUAT UNTUK ANAK BANGSA MENGAJI TAK BOLEH PULAK....

Untuk makluman lagi utk puak bengong nie.... KUIN dibina utk tujuan pendidikan bukan untuk tujuan pelaburan. Hang pa memang otak lanun..... Yang hang pa tau duit untung duit untung.....asyik pikiaq nak buat bisnes dgn rakyat aja yg hang pa tau...

depa nie takut sbb pakatan nk bg rakyat cerdik tp BN nk rakyat bodph supaya senang diperbodohkan.. itu aja.....


2 ulasan:

Unknown berkata...

saya ingat saudara bijak melihat keperluan dan kecekapan pembinaan kuin, saya rasa saudara kena melihat isu yg tepat.sekiranya pembinaan kuin tepat dan menguntungkan pas kedah , mengapa undi di kawasan perlimen dan dun tersebut mengalami penurunan yg ketara? saudara haru meneliti kesan dan kepincangan pas itu, usah salahkan org lain sedangkan yg merudum sokongan adalah kita..

Unknown berkata...

pas dlm kempen dan ceramahnya menyatakan pembinaan kuin adalah kejayaan pas dan azizan, sedangkan isu inilah antara punca pas kedah kalah, pembinaan yg tidak melibatkan exco dan masyuarat kerajaan negeri,tendar tangkap muat,pembinaan yg tak siap,pembaziran kewangan. saudara kalau nak tulis pun tanya kawan2 kita kat insaniah dulu..90% pekerja insaniah kuin adalah org pas tapi pasai pa depa meluat kat pas dan azizan razak...buat kaji selidik dulu baru tulis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...