21 November 2014

BENARKAH KWSP CARI JALAN STABILKAN KANTUNG ,Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun?

Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF?



Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF? : Melalui sistem yang dibuat oleh KWSP Malaysia (EPF) sekarang ini, pencarum diberikan pilihan membuat caruman KWSP sehingga ke umur maksimum 75 tahun.

Manakala jikalau anda mempunyai perancangan untuk beli rumah, untuk pendidikan atau ansuran bulanan pinjaman contohnya anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP anda. Anda juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun 2 EPF ketika berumur 50 dan anda boleh mengeluarkan kesemua duit EPF anda ketika berumur 55 tahun. Tetapi…..

Tetapi, nampaknya pihak KWSP Malaysia sudah berkira-kira untuk menaikkan & melanjutkan had umur yang dibenarkan kepada anda untuk membuat pengeluaran KWSP keseluruhan simpanan persaraan anda kepada 60 tahun. Anda mampu bersabar sehingga ke peringkat umur ini untuk merasa duit hasil keringat dan usaha keras anda selama ini?

Mengapa pula menjadi begini? Jikalau dalam bahasa ydan kenyataan ang diungkapkan di media pastinya KWSP cukup risau dengan cara bagaimana kalangan pencarum mengggunakan duit itu kelak di hari tua selepas habis mengeluarkan duit daripada dalam kantung KWSP. Itu kata mereka.

Tetapi hakikatnya, dengan menaikkan had umur pengeluaran keseluruhan KWSP bakal menstabilkan semula kantung KWSP selepas pinjaman yang dibuat oleh kalangan GLC daripada KWSP, tidak mampu dibayar pada waktu yang ditetapkan dan juga bagi tujuan membantu kalangan GLC yang “sudah nyawa-nyawa ikan“. Itu sebablah kita melihat pelbagai skim dan program yang diperkenalkan oleh pihak KWSP Malaysia bagi mencari jalan sebanyak mana yang boleh untuk menstabilkan kembali dana mereka.KLIK SINI : Pengeluaran KWSP Dikekalkan Pada Umur 55 Tahun (80 Komen Bernas Pembaca)


Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. Pencarum Setuju?

Sepatutnya itu adalah duit pencarum, tanya kepada kalangan pencarum apa yang dimahukan mereka? Bagi pilihan 50, 55, 60 dan 65…sekurang-kurangnya pencarum diberikan kebebesan untuk merasai hasil titik peluh mereka selama ini. Samada kalangan pencarum mahu berjoli atau tidak dengan duit tersebut. Itu bukan hak dan urusan KWSP untuk menahan duit tersebut daripada dikeluarkan kesemuanya daripada tangan anda. Setiap pencarum ada perancangan mereka sendiri dengan duit mereka.


Cukuplah ditahan duit sehingga umur 55 tahun dengan kadar dividen yang cukup kecil. Jangan ditambah masa dan penantian kalangan pencarum lagi. Apa respon anda pula dengan cadangan terbaru daripada KWSP Malaysia kali ini? ~BS


KONGSIKAN & SEBARKAN...



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terimakasih bn, buatlah...kami rakyat semua ni bodoh belaka...

Tanpa Nama berkata...

DEY PENGERUSI KWSP,CIBAI LU KALAU LU AMEND INI AKTA.KAU INGAT KITAORANG NAK KEJA SAMPAI 60.D EY BARUA,KITAORANG BILA DH 55 TAHUN ,KALAU PANJANG UMUR NAK GUNAKAN DUIT KAMI NAK PI MEKAH TUNAI HAJI KE, TANG TU LA ANAK NAK KAWIN,ANAK NAK SAMBUNG BELAJAR KE.KAU ,PENGERUSI JANGAN NAK MEMANDAI MANDAI TUKAR TANPA TANYE KITAORANG,PENYIMPAN MOHOR MOHOR BESAR KAT KWSP.LAKNAT LAH KAU DAN KELUARGA KAU KALAU KAU NAK UBAH.

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat ia tidak perlu. Jangkahayat rakyat Malaysia secara puratanya tidak melebihi 75 tahun. Hanya ada 20 tahun untuk menggunakan wang yang ada. Banyak juga majikan yg mencarum lebih ke kwsp (daripada memberi dalam bentuk yg lain). Untuk ini, ramai yg terpaksa bersabar menunggu umur 55 tahun. Mereka menangguhkan pembelian 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...