16 November 2014

CAMERON HIGHLANDS, WAKIL RAKYAT KENA TIBAI TERUK!!!


Camaron Highlands: Mana Palanivel 'hilang' ? - Vell Paari


G. Palanivel

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel didesak supaya bangkit dari terus mendiamkan diri daripada memberi penjelasan mengenai masalah kebanjiran warga asing dan penerokaan tanah secara haram di kawasannya.

Pengerusi Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari berkata, sikap Presiden MIC itu yang seolah-olah membisu seribu bahasa mencetuskan persoalan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Di manakah 'hilangnya' Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar? Beliau perlu menjelaskan isu kebanjiran warga asing dan pencemaran alam sekitar di pusat peranginan berkenaan sehingga berlaku insiden banjir lumpur.

"Beliau juga perlu memberi penjelasan meyakinkan dalam isu berkenaan dengan mengemukakan laporan," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Selain daripada kebanjiran warga asing, Camaron Hoghland turut dirundung masalah penerokaan tanah secara haram turut yang menyebabkan banjir lunpur pada minggu lalu.

MalaysiaGazette difahamkan pengundi di Cameron Highlands kini marah dengan Palanivel kerana wakil rakyat itu didakwa tidak pernah melawat dan mendengar masalah setempat penduduk di situ sejak menang kerusi Parlimen kawasan tersebut.

"Palanivel sepatutnya bersikap proaktif dan berganding bahu dengan kepimpinan kerajaan negeri Pahang supaya mereka tidak terkapai-kapai keseorangan dalam menangani masalah yang dihadapi di kawasan tersebut. Bukankah Palanivel begitu beria-ia mahu bertanding di situ sebelum ini? Mahu memperjuangkan nasib di kawasan itu," Vell Paari.

Beliau turut mempersoalkan sikap Palanivel yang suka mendiamkan diri dan lebih gemar bercakap tentang perkara-perkara lain jika sesuatu masalah timbul di kawasan Parlimennya.

Sementara itu, Vell Paari berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap pesalah yang terlibat dalam penerokaan tanah, pembalakan haram dan pembuangan sampah sehingga mengakibatkan bencana alam di Cameron Highlands.

"Pihak bertanggungjawab perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dan langkah menubuhkan satu jawatankuasa khas oleh kerajaan adalah keputusan yang tepat. Kita tidak boleh lepas tangan dan membiarkan pihak bertanggungjawab terlepas begitu sahaja. Heretlah yang bersalah ini ke muka pengadilan," ujarnya. - MalaysiaGazette

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini Vall Pariah banyak cakap je....nak heret orang2 bertanggung jawab kamuka mahkamah????Nanti berdepan dengan dia akan berdiri pegang batu p...ir.
Semua orang BN sama je.

Kalinga Yelek berkata...

Org no satu bertsnggungjawab siapa? Palanivel lah. Dia bukan saja wakil rakyat di situ, bahkan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar lagi. Kes di C/Highland secara direct kes kementerian dia. Jadi menteri utk apa? Vall Pari tolong heret Palanivel tu ke mahkamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...