08 November 2014

RAKYAT TEMPATAN TERHEGEH-HEGEH...BILA LAMBAKAN WARGA ASING DIMANA-MANA!!!

Warga asing bermaharajalela di mana-mana

Warga asing memenuhi Kuala Lumpur merupakan permandangan biasa di Kuala Lumpur, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Terlanjur cerita pendatang asing, sama ada sah atau tidak memasuki negara ini, mereka kini berada di mana-mana di negara ini malah kini memonopoli Cameron Highlands.
Berikutan itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa ia boleh jadi begitu malah golongan ini telah lama bertapak di pusat peranginan tanah tinggi itu.


Semua rakyat Malaysia nampak kebanjiran peniaga-peniaga asing di Cameron Highlands yang hampir semua menguasai perniagaan di sana.

Sampai bila rakyat tempatan terpaksa merayu diskaun dengan warga asing yang menjadi peniaga di sana?

Persoalan yang seolah-olah tidak akan terjawab memandangkan jumlah warga asing di pusat pengainan itu tidak pernah berkurangan malah bertambah dari hari ke hari.

Seperti kata seorang guru dari Tapah, Norliza Baharuddin yang  menghubungi MalaysiaGazette pagi tadi, sepatutnya warga asing ini tugasnya di ladang dan bukan di barisan hadapan untuk mengurus pelanggan.

"Sekarang ni, merekalah yang menjadi tuan dan kita pula yang terhegeh-hegeh dengan mereka minta kurangkan harga dan sebagainya.

“Saya sendiri telah beberapa kali mengadu kepada pihak imigresen tetapi tak nampak pun ada usaha untuk menghalang warga asing ini menjalankan perniagaan sekali pun bekerja," katanya.

Paling menjengkelkan, ramai di antara mereka lupa diri seolah-olah Cameron Highlands itu mereka punya.

"Saya pernah bertekak dengan mereka berkenaan satu tempat di sana. Kemudian warga Indonesia tu dengan megah mengatakan saya orang luar, tak payah nak bertekak dengan dia yang dah lama di situ.

"Memang saya bukan orang Cameron Highlands tetapi ini adalah negara saya dan dia sepatutnya tahu menghormati rakyat negara ini. Namun apa yang terjadi, warga asing di sini semakin angkuh dan sombong," ujarnya.

Katanya lagi, keseronokan bercuti hilang apabila terlihat golongan warga asing ini berniaga di mana-mana di Cameron Highlands.

"Kerajaan sepatutnya mengarahkan majikan mereka supaya melarang pekerja warga asing ini berurus niaga dengan rakyat atau pelancong.

"Tak tahulah sampai bila keadaan ini akan berakhir tetapi pada pengamatan saya, selagi pihak terbabit tak buat apa-apa, selagi itulah warga asing ini akan berkuasa," katanya.

Selain Cameron Highlands, kata Norliza lagi, kawasan perniagaan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur juga kini semuanya diuruskan oleh warga asing.

"Saya dah tak berani nak pergi sana lagi sebab layanan yang diberi kepada kita selaku rakyat tempatan agak kasar dan melampau.

"Kita boleh dimaki hamun sesuka hati jika mereka tak puas hati dengan cara kita membuat tawar menawar.

"Apa yang menghairankan, mereka masih boleh berniaga tanpa ada rasa takut atau bersalah kerana sikap biadap mereka itu," katanya.

Apa pun jelas Norliza, pokok pangkalnya terletak pada pihak berkuasa tempatan. Jika ada kesungguhan, warga asing di Malaysia tidak akan berani angkat muka. Bukan seperti sekarang, mereka dah berani pijak kepala kita
. - MalaysiaGazett

~ HA...ha...baru ada akai

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg sekarang malaysia dh mcm zoo...warga asing skrg mmg dh melampau,kurang ajar semua salah kerajaan,pihak berkuasa yg amal rasuah.jgn nk kata knyataan ni tipu rakyat dh tngok sendiri,dh nilai..ia berlaku depan mata.semua nk kaya cepat,berdiam diri kerana ada kepentingan...mereka senang2 meniaga,ada premis2 perniaagaan sendiri ada yg tiada lesen tapi masih bebas meniaga semahu mahu nye memunggah hasil masyhul negara tapi tiada tindakan apa2 dari pihak berkuasa butakan mata dn hati kerana duit,jgn nak tipula klu bukan rasuah takan mereka mereka warga asing ni bole bermaharaja lela tapi klu rakyat sendiri berniaga,anak bangsa sendiri berniaga tanpa lesen akan dihambat mcm pencacai,mcm anjing seolah olah dunia dah trbalik rakyat yg merdeka dilayan sebegini rupa....malula weii

Tanpa Nama berkata...

sekarang tuhan nk tunjukkan pd mereka2 yg tk amanah mnjalankan tugas,yg tk beretika,yg tidak takut bertemu mungkar dan nangkir dgn kejadian tanah runtuh di cameron highland...warga asing monopoli perniagaan di sana ia bukan berlaku sehari dua tapi makan masa bertahun,bagaimana mereka2 ni bole bertapak mmbina koloni mereka,beranak pinak tak mastahil satu masa nanti anak cucu kita akan mnjadi kuli mereka..hentikan la segala fahaman politik berbeza..kita semakin sakit,ekonomi tk stabil tapi warga asing semakin hari semakin kaya,semakin kurang ajar kerana peluang yg kita sendiri berikan dgn sewenang2nye tanpa diganggu gugat..persoalannye mana pihak berkuasa?????tk cukup ker peruntukan yg berbilion2 ringgit yg disiar megah di media2....kemana perginye duit RAKYAT????tengok tuhan nak tunjukkan segala keborokkan telah timbul satu persatu...ingat rakyat akan mnghukum anda semua...

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 faktor kenapa jadi begitu:warga asing sibok cari duit dimana mana ,diladang , di petrol station , direstoren/gerai,dikedai gunting , di pasar/borong,dirumah persudala,
& lain lagi:
Faktor 1.mereka berani ,rajin ,niat datang sah atau tak nak buat duit semaksima boleh.Lihat kalau kebun getah yg dipajak kpd Indon,pelan susu sampai kedahan dahan , toreh 3 kali satu hari: pagi, pe tang & malam.Pasar Borong KL didominasi Mynmar .
2.Orang tempatan dapat BRIM free,jadi malas,suka berpelesir (tengok TV3 suku),& anak muda jadi penagih dadah, pusat sereniti 90% Melayu .
Ini tahun 2014,apa akan jadi tahun 2020??????

Tanpa Nama berkata...

Lama dah benda ni berlaku...tgk di pasar borong selayang...pekan rawang dll...semuanya warga asing...kedai runcit pun depa dok meniaga....

Tanpa Nama berkata...

Negara da lama tergadai cik Kak ..sokong la lg parti songkok tinggi...

Tanpa Nama berkata...

Najib dan barisan menterinye yg bodoh tu tidor semua

Tanpa Nama berkata...

Penuh.... Ana sangat setuju dengan hujah anda.

SuJeng berkata...

Salaam GST 2015

Tanpa Nama berkata...

Ada orang tu marah2 Menteri, eh bukan dia tu taiko ke?

Tanpa Nama berkata...

Ada orang tu marah2 Menteri, eh bukan dia tu taiko ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...