03 November 2014

HUTANG KEDAH (BEKALAN AIR) RM1.9 BILION AKAN DIBAYAR DENGAN ASET SADA!!! INGAT KAYA DAH.....


 Hutang terkini yang melibatkan bekalan air oleh kerajaan negeri Kedah kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.9 bilion yang dilakukan sejak 1990.

6 negeri selesai isu penstrukturan bekalan air


Pautan kekal imej terbenam

Enam negeri telah menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri masing-masing, yang melibatkan situasi menang-menang antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tanpa mengabaikan keperluan rakyat.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata negeri-negeri yang terlibat dengan penstrukturan itu adalah Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Katanya Perlis juga sudah selesai proses penstrukturan itu dan hanya belum menyelesaikan isu pengkorporatan pengendali perkhidmatan bekalan air itu.

"Kita akan selesaikan dengan negeri-negeri lain. Kita dah pergi ke Kelantan, dan di sana sudah memasuki peringkat perjanjian dengan Jabatan Peguam Negara untuk dikaji. Di Terengganu dan Kedah telah memasuki fasa rundingan. Akhir sekali kita akan ke Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula bekalan air negeri Kedah diAlor Setar semalam.

Beliau berkata petang ini beliau akan berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Kedah.

"Proses penstrukturan itu melibatkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang diambil untuk bekalan air. Seperti di Kedah (pinjaman) melibatkan kawasan luar bandar, menaik taraf bekalan air di Kulim Hi-Tech Park dan Empangan Ahning. Ia dibuat mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) (Akta 655)," katanya.

Menurutnya, dalam melaksanakan penstrukturan semula bekalan air itu, kerajaan persekutuan menerusi agensi, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengambil alih hutang kerajaan negeri dalam soal bekalan air.

" Negeri kira semua hutang air dan kira semua aset. Hutang negeri kemudian akan diambil oleh PAAB. Berapa hutang negeri akan diambil alih PAAB. Sebagai contoh hutang Sada (Syarikat Air Darul Aman) adalah RM1 bilion, kemudian aset Sada sebanyak RM1 bilion akan diserahkan kepada PAAB sebagai kontra. Pada masa yang sama kita akan beri semula kepada Sada selama 40 tahun, ada sewaan tahunan," katanya.

Mahdzir berkata hutang yang melibatkan bekalan air oleh kerajaan negeri Kedah kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.9 bilion yang dilakukan sejak 1990.


"Untuk pengiraan hutang akan dikira oleh Kementerian Kewangan. Ada beberapa perkara seperti Kulim Hi-Tech Park mungkin boleh dihapuskan kerana kepentingannya bukan hanya melibatkan Kedah tetapi juga negeri-negeri di utara," katanya.

Katanya di Kedah, keseluruhannya bekalan air pada tahap yang baik dan seimbang tetapi ada beberapa kawasan di daerah Padang Terap, Pokok Sena dan Kuala Muda yang mempunyai masalah tekanan air.

"Terdapat kawasan-kawasan yang mempunyai tekanan air, air perlahan. Secara keseluruhan di Kedah 80 peratus adalah pengguna domestik manakala 20 peratus adalah industri dan komersial," katanya.

Mahdzir berkata industri perkhidmatan bekalan air di Kedah mempunyai kawasan-kawasan yang sensitif seperti Kulim Hi-Tech Park dan Langkawi.

"Kawasan ini perlu dijaga. Kulim Hi-Tech Park melibatkan pelaburan langsung asing manakala di Langkawi pelabur datang untuk pelaburan pelancongan. Kita kena tengok cara terbaik selesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai Selangor pula, Mahdzir berkata Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melibatkan dua perkara iaitu pembelian syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan pembinaan loji rawatan air Langat 2.

"Bagi Langat 2, kemajuan sedang berjalan. Untuk proses pengambilalihan konsesi air pula, rundingan adalah secara terus antara kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi," katanya.

- Bernama

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kami sekeluarga ingin mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI DARMO atas bantuannya
saya menang togel yang pertama kalinya,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang SOPIR ANKOT
yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi
kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman
saya mengenai prediksI AKI DARMO yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin
tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI DARMO dan saya pun menghubunginya..??
Berkat bantuan KI yang telah memberikan anka “GHOIB” nya 3D yaitu,(2024 ) dan alhamdulillah itu
ternyata terbukti….sekaran anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas bantuan AKI
bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goip yang di jamin 100%
kemenangan hbg AKI DARMO di nmr; 082-310-142-255 ini bukti nyata bukan rekayasa
,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2
,hanya AKI DARMO yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti hbg sekaran AKI DARMO, 082-310-142-255 terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...