02 November 2014

PENGASAS YSLM ADA RM50J TUNAI DAN CUBA RASUAH POLIS KETIKA DITAHAN

Zhang Jian Cuba Sogok Anggota Polis Semasa Serbuan



WARGA China, Zhang Jian yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal lelaki terkaya di dunia' cuba merasuah anggota polis yang menyerbu vila dan menahannya di Phuket, Thailand, lapor The China Press.


Zhang dikatakan cuba menyogok beberapa anggota polis dengan wang secara terang-terangan ketika mereka menjumpai wang tunai lebih RM50 juta, barang kemas, surat tanah dan akaun bank semasa serbuan itu.

Zhang tinggal di kawasan taman seluas 0.4 hektar yang menempatkan dua vila miliknya yang dihias bak istana dan sebuah kolam renang besar.

Terdapat peti keselamatan bersaiz peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan barang berharganya di dalam vila itu yang dianggarkan bernilai RM20 juta.

Zhang dilaporkan berada dalam tenang semasa polis tiba tetapi kemudiannya enggan memberi kerjasama dan mempertikaikan penahanannya.

Dia memberikan wang kepada anggota polis beberapa kali tetapi tiada siapa pun mengendahkannya.

Ketika menyedari ketibaan anggota Interpol, dia tiba-tiba mengubah perlakuannya.

Namun, dia ditahan bersama dengan isterinya, Yoyo Wang Wenfang, 29, dan pembantunya.

Menurut akhbar Thai, Manager Daily, Zhang yang juga pengasas skim cepat kaya YSLM, ditahan oleh polis berkaitan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 bilion baht (RM600 juta) dan 3 bilion baht (RM300 juta).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasibbaik polis Thailand..klu polis Malaysia lepas da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...