10 November 2014

ISU PENEROKA HARAM, PENDATANG HARAM -HANYA ALASAN LAPUK KAJI, NAK KAJI DOK KAJI....

DAH BERJUTA PENDATANG HARAM DOK ADA?

Banjir di Cameron Highlands: SPRM kaji tindakan tegas dakwaan rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan dakwaan rasuah menjadi punca utama tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib dan agensi penguatkuasa undang-undang, sehingga berlakunya peristiwa banjir lumpur yang mengorbankan nyawa.


Tindakan tegas akan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyiasat serta merta unsur rasuah dalam kes penerokaan haram melibatkan warga asing di Cameron Highlands.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Mustafar Ali kesal dengan dakwaan rasuah menjadi punca utama tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib dan agensi penguatkuasa undang-undang sehingga berlakunya peristiwa banjir lumpur yang mengorbankan nyawa.

"(SPRM) memandang serius masalah di Cameron Highlands yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia sehingga ia disifatkan sebagai 'tragedi negara'," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata meskipun ada membuat pendakwaan sebelum ini, bagaimanapun.SPRM menghadapi kesukaran menjalankan siasatan mendalam ekoran tiada bukti kuat terhadap maklumat dan aduan.yang diterima.

"Pada masa yang sama, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan juga menjalankan pemeriksaan selaras dengan Seksyen 7(c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung kegiatan penerokaan tanah kerajaan secara haram oleh pekebun sayur di Cameron Highland," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan SPRM mendapati perlunya usaha bersepadu melibatkan semua pihak bagi menangani isu yang berlaku di Cameron Highlands.

Katanya SPRM sebelum ini sudah membentangkan isu dan syor tersebut pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Pahang pada 22 Julai lalu.

"Antara syor yang diambil kira dan sedang dilaksanakan ialah kewujudan dua bidang kuasa yang berasingan iaitu Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, " katanya.

Tambahnya lagi SPRM juga akan membentangkan tindakan kepada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), yang merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Katanya lagi SPRM juga bercadang membawa syor.dan cadangan ke Mesyuarat Jawatankuasa Intergriti dan Tadbir Urus Kebangsaan pada 25 November depan

"Ia memandangkan isu ini juga diyakini berlaku di tempat lain dan seterusnya bagi mengelakkan masalah sama berlaku hingga boleh mengakibatkan pelbagai bencana alam dan persekitaran, masalah sosial dan ekonomi.

"Pendekatan serius termasuk pindaan peruntukan undang-undang amat wajar bagi menangani isu penerokaan haram," katanya ~TMI



Tiada maaf untuk dalang banjir di Cameron Highland.....


MUHYIDDIN Yassin menjawab soalan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Masyuarat Khas Bencana Banjir dan Tanah Runtuh Cameron Highland di Putrajaya hari ini.

"Tiada maaf bagimu", tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh Rabu lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas.

"Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ketegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.

"Jadi, kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya telah arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera," katanya.

Operasi itu akan dilakukan seberapa segera berikutan sudah ada pihak yang berani mencabar kerajaan dan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron
Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Berhubung dakwaan aktiviti pencerobohan oleh pendatang asing itu dilindungi 'orang politik', Muhyiddin berkata ia tidak boleh dijadikan alasan untuk penguatkuasaan undang-undang dikecualikan terhadap mereka.

"Bagi saya sama ada ia politik atau bukan politik, yang penting alam sekitar tidak boleh terus dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita tidak bimbang, kita tak kisah. Kita perlu ambil tindakan terhadap siapa saja yang melindungi. Orang sebegini kalau terbukti mereka itu adalah antara dalang-dalang, tindakan dari segi undang-undang boleh diambil," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting bagi kerajaan ialah alam sekitar perlu dijaga dan keselamatan penduduk di kawasan terlibat perlu diutamakan melebihi kepentingan lain.

Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada Rabu lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut meminta agensi berkenaan segera berbincang dengan pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana selain pendatang dari Bangladesh dan Nepal, terdapat lebih 4,000 pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR berada di Cameron Highlands.

Beliau berkata perbincangan itu perlu disegerakan kerana walaupun dilindungi UNHCR, mereka tetap tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah melanggar sebarang undang-undang negara.

"Saya minta dibincangkan dengan UNHCR cara bagaimana untuk mengurus mereka ini ... kita terpaksa ambil tindakan, tidak ada layanan yang berasingan kepada mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Bagi memastikan operasi bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rayuah Malaysia (SPRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu berjalan lancar, Muhyiddin meminta pihak berkenaan mengemukakan permohonan untuk sebarang keperluan seperti penyediaan tempat kurungan sebelum pendatang yang ditahan dihantar pulang.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains memberi tumpuan kepada Cameron Highlands dalam kajian terhadap kawasan risiko tanah runtuh dan menyediakan pelan mitigasi jumlah penduduk yang mungkin terancam.

Katanya beliau tidak menetapkan tempoh masa tertentu bagi menyediakan pelan itu namun berharap pelan mitigasi tanah runtuh itu dapat menyediakan maklumat tentang kawasan-kawasan yang tidak stabil dan mungkin runtuh, khususnya yang didiami penduduk.
-- BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah lama dah..... Ooohh malaysia ku... Kaji... Teliti... Semak.. Last simpan dlm kabinet. Malasia buleh...

Tanpa Nama berkata...

PEKERJA ASING JG JDI KAMBING HITAM. YG KAYANYA TUAN TANAH YG TEROKA TANAH HARAM! KESIAN MAT INDON, BANGLA, NEPAL!

mohd zain berkata...

Salaam GST 2015

Tanpa Nama berkata...

Tok sah harap la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...