29 Ogos 2014

KETUM DIBAWAH AKTA DADAH MERBAHAYA...KEPADA PENANAM POKOK TU SILA AMBIL PERHATIAN !!!


DAUN KETUM DIWARTA DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA


 Pelaksanaan undang-undang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata warta berhubung peruntukan undang-undang khusus untuk daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya itu telah diserah kepada Peguam Negara untuk ditandatangani.

"Pada 19 Ogos, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr S. Subramaniam) telah menandatangani warta supaya daun ketum diletak dalam jadual Akta Dadah Berbahaya dan warta itu telah dihantar kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum di sini pada Khamis.

Beliau berkata penggunaan daun ketum sebelum ini diletak di bawah Akta Racun dan tindakan meminda kesalahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya adalah bagi membolehkan tindakan undang-undang lebih ketat dikenakan terhadap pesalah daun ketum.

Negara perlu mempunyai undang-undang yang lebih ketat berkaitan penyalahgunaan dadah jenis itu memandangkan penggunaannya yang semakin meluas sehingga ke Sabah dan Sarawak dan boleh merosakkan generasi akan datang, katanya.

Wan Junaidi berkata di bawah Akta Racun, mereka yang didapati terlibat dalam memproses daun ketum hanya dikenakan denda sehingga RM10,000 yang dilihat tidak memberi kesan kepada masyarakat kerana pulangan daripada kegiatan memproses daun ketum boleh mencapai sepuluh kali ganda daripada jumlah itu.

"Jumlah rampasan daun ketum oleh pihak berkuasa juga sentiasa meningkat iaitu pada tahun 2012 sebanyak 5.22 tan daun ketum dirampas dan jumlah itu meningkat kepada 7.87 tan pada tahun 2013 dan sehingga Ogos 2014, sebanyak 6.9 tan daun ketum dirampas," katanya.

Beliau berkata dengan penguatkuasaan bahan itu di bawah Akta Dadah Berbahaya, mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat.

Sehubungan itu, Wan Junaidi meminta agensi-agensi terlibat dalam penguatkuasaan mengadakan sesi penerangan seperti seminar kepada masyarakat berhubung hukuman yang lebih berat untuk penyalahgunaan daun ketum itu.- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketum amat bahaya pada penyokong BN,tetapi tidak bahaya pada penyokong PR.Sebab itu orang Bn tidak minum airnya.Orang PR tahan nyawanya, paling parahpun mabuk saja.

Tanpa Nama berkata...

Betul bro, sebab tulah orang PKR selalu mabuk ketum.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh2 lah sapa2 yg menyokong daun ketum ni sebagai dadah yg membahayakan,,, aku tak minum ketum ni,,tp tau ketum ni bolih buat ubat cara kampong,,yg org ketagih tu dadah yg dicampurkan dlm air ketum,,ni pun mcm kes sapi punya susu, lembu dapat nama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...