25 Ogos 2014

HANGAT! BEKAS MB PERAK DIDAKWA KES FITNAH NAJIB HARI INI



Mohammad Nizar (duduk, kanan) menerima notis daripada polis di Pejabat Pas Perak pada Jumaat lalu.


IPOH - Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dituduh hari ini di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012.

Perkara itu disahkan sendiri peguam Pemuda Pas, Mohd Fitri Asmuni yang memberitahu notis berhubung perkara itu diserahkan kepada Mohammad Nizar oleh pihak polis pada hari Jumaat lalu di Pejabat Pas Perak.

Menurutnya, bekas Menteri Besar Perak itu akan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Esok (hari ini), sebutan kes akan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh dan saya akan turut serta.

“Biasanya kes fitnah yang saya kendalikan dibuat dalam tuntutan sivil tetapi kali ini tidak dan saya tidak tahu kenapa ia dibuat berlainan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Mohd Fitri, Mohammad Nizar akan diwakili peguam Pas, Hatim Musa.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seseorang Adun boleh hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan di mahkamah dengan penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000. ~SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...