28 Ogos 2014

GAMBAR PEROMPAK BANK YANG MATI DITEMBAK MULA TERSEBAR!!!




Ugut bakar pelanggan bank

Georgetown: Seorang lelaki yang cuba merompak bank selain mengugut membakar pelanggan bank tersebut maut ditembak pengawal keselamatan dalam satu kejadian di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 pagi apabila suspek berusia 30-an masuk ke dalam bank dan terus menjerit "rompakan" dalam bahasa Mandarin.

Pemangku Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, berdasarkan siasatan awal suspek dikatakan menyimbah satu botol petrol ke arah beberapa pelanggan manakala sebotol lagi di atas kaunter.

Beliau berkata, siasatan mendapati semasa suspek cuba mengugut untuk membakar pelanggan seorang pengawal keselamatan berusia 29 tahun terus menembak suspek dari arah hadapan menggunakan pump gun.



PEROMPAK ditembak mati pengawal keselamatan.

Katanya, suspek dikatakan rebah dengan kesan tembakan berhampiran mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan hasil siasatan lanjut ke atas badan suspek menemui sebilah  parang di pinggang dan petrol yang diisi dalam botol air mineral.


Pengawal Tembak Mati Perompak Bank Di Georgetown

GEORGETOWN – Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.

Dalam kejadian rompakan sebelum ini, pengawal keselamatan yang sama tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu.

Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada 11.17 pagi ini, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.


“Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.

Thaiveegan berkata polis turut menemui sebuah kereta Proton Saga dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Thaiveegan turut memuji pengawal keselamatan berusia 29 tahun itu kerana cekap bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...