26 Ogos 2014

NAMA PROTON MODEL PCC SUDAH BOCOR DI INTERNET.




Nampaknya nama kereta kompak Proton model terbaru kini mula menjadi bahan bualan di media sosial. Melalui perkongsian di laman blog automotif terkenal tanah air, Paultan.org hari ini telah mendedahkan dua dokumen dimana ianya telah merujuk kepada kepada nama terbaru model kereta Proton yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Melalui dokumen tersebut, nama yang menjadi bakal menjadi pilihan Proton ialah Proton Aero dan juga Proton Iriz. Nampaknya desas-desus tentang nama Iriz sebelum ini bakal menjadi kenyataan kerana ianya dilihat lebih sesuai berbanding dengan Aero.

Bagaimanapun, penantian bagi model terbaru ini dilihat berbaloi kerana pihak Proton telah menjanjikan satu perubahan drastik kepada model terbaru ini berbanding dengan model terdahulu. 


Rekabentuk model kompak yang terbaru ini juga dilihal bakal menyaingi model-model terbaru yang dikeluarkan oleh pengeluar import.




1 ulasan:

lontong berkata...

dengo cite je cam best...sekali tengok mcm tiara je..haha..proton bukan terer mcm perodua...buat keta comel n cantik2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...