25 Ogos 2014

MODEL TERBARU PROTON DIJANGKA DILANCARKAN PADA SEPTEMBER?? DENGAN HARGA MAMPU MILIK



MODEL kompak yang dijangka menjadi model terbaharu Proton. Pengeluar kereta nasional itu akan melancarkan model terbaru yang dijangka dikenali sebagai Airis atau Iriz tidak lama lagi. - Foto ihsan www.indianautosblog.com

Bangun kereta mampu milik

Proton Holdings Bhd (Proton) komited memperkenalkan model kereta mampu milik yang berkualiti daripada segi prestasi teknikal dan ciri keselamatan standard yang mendapat penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP).

Proton bakal memperkenalkan model baru kereta kompak (PCC) dalam segmen B tidak lama lagi selepas syarikat pengeluar kereta nasional pertama negara itu mengambil masa dua tahun untuk membangunkan model itu.

Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa berkata, model PCC itu juga adalah model ketiga menerima teknologi pembentukan panas (HPF) selepas Preve dan Suprima S.

Beliau berkata, model kompak itu akan menggunakan enjin jenis VVT yang menjadi perintis kepada model yang lain Proton pada masa depan.

“Kami mencipta kenderaan yang memenuhi kehendak pengguna tanpa berkrompromi dengan aspek keselamatan khususnya membangunkan ciri keselamatan aktif dan pasif.

“Keselamatan aktif adalah sistem mengelak kemalangan seperti bantuan kestabilan kenderaan (VSA) dan sistem bantuan mendaki bukit manakala keselamatan pasif adalah sistem yang bertindak sekiranya berlaku kemalangan seperti beg udara,” katanya pada taklimat media di sini, baru-baru ini.

Antara ciri menarik model yang bakal ditawarkan dalam dua varian ialah 1.3 liter dan 1.6 liter itu ialah sistem tanpa kunci untuk membuka pintu menggunakan sensor dan butang penghidup enjin.

Abdul Rashid berkata, pengenalan model itu adalah hasil ciptaan 100 peratus tenaga kerja Proton dari peringkat idea sehingga kereta itu siap sepenuhnya.

“Kami hanya bekerjasama dengan beberapa rakan industri asing untuk memastikan kenderaan ini mengikuti piawaian antarabangsa dan pembangunannya serta teknologinya dari Malaysia,” katanya.




proton iriz

Gambar Proton Iriz, Model Proton Baru 2014. Tawaran Harga RM40,000 – RM60,000 Untuk Rakyat Malaysia: Nampaknya, tidak lama lagi peminat kereta model Proton Malaysia bakal mendengar “buah tangan” terbaru daripada Proton Malaysia, di mana mereka bakal melancarkan dan mengeluarkan model Proton baru 2014 tidak lama sahaja lagi. Berdasarkan sumber yang….. Berita Semasa perolehi, model Proton baru 2014 tersebut bakal dipanggil dengan nama Proton Iriz.

Jikalau sebelum ini, model kereta Proton saga dan Proton Savvy berkongsi paltform tetapi tidak untuk model Proton baru 2014 ini di mana menggunakan sepenuhnya platform baru.



MAKLUMAT LEBIH LANJUT BACA SINI  SINI

1 ulasan:

Miss Vee berkata...

‘Mantap Bro’ - This Is What Women Really Want !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
KLIK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...