"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.
"Biar Anwar jadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya," jelas Tun Daim.
Daim, Rakyat Mahu Kau Serah Balik Wang Billion Ringgit -DSAI
Prestasi hambar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei lalu lebih disebabkan kesilapan strategi penasihat 'bilik perang' Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertikaian dalaman parti itu, menurut mantan menteri kewangan Malaysia dari Umno, Tun Daim Zainuddin.
Para pemerhati mendapati Perdana Menteri (PM) Malaysia itu telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang pada 2008.
Namun, Tun Daim berkata ia adalah pendekatan yang salah.
"Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, strategi itu adalah salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia adalah pilihan raya parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
"Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk beliau, kelemahan keputusan BN berkait dengan beliau juga," kata Tun Daim, yang dipetik daripada transkrip temuramahnya dengan akhbar China Press, yang disiarkan dalam blog seorang wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.
"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.
"Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah akhbar Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya," jelas Tun Daim.
Beliau juga berpendapat, kegagalan BN memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen kerana tersalah peruntukan sumber dalam usahanya untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina yang sememangnya hampir pasti tidak menyebelahi parti memerintah itu.
"Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008... Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar," jelasnya lagi.
Pada 15 Mei lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa BN menafikan dakwaan ahli strategi 'bilik perang' gagal untuk mencapai sasaran pilihan raya parti itu sambil menegaskan parti itu masih lagi menang secara keseluruhan di Putrajaya.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dipetik sebagai berkata bahawa tuduhan tersebut dilemparkan oleh "mereka yang tidak bertanggungjawab" dan tidak berada dalam jawatankuasa 'bilik perang' itu.
Kelmarin, Datuk Seri Najib bagaimanapun berkata bahawa BN perlu berani melakukan pembaharuan dan perubahan bagi memastikan parti itu sentiasa relevan serta mesra rakyat.
Beliau berkata pembaharuan dari segi strategi, pendekatan dan program yang lebih pragmatik penting bagi persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan