26 Mei 2013

PANAS ! SAH PENGERUSI & TIMBALAN SPR SETARAF PELAKUN HINDUSTAN....



Gambar blackout asli, Wan Ahmad buat kenyataan palsu

Patutlah Mat sabu dan rakyat Malaysia ketawakan SPR dah sah mereka ini menjadi dalang segala penipuan, dengan cerita dakwat tidak kekal, pengundi berulang juga pengundi impot yang meragukan.......dunia kata SPR setaraf orang di Hutan?


(Gambar ini asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, kata Adun Seri Serdang)

SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang.

Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Katanya, ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

"Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.
"Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut," katanya.

Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

"Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan," katanya.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

"Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas,
" katanya.



Adegan paling pelik hanya di Malaysia...

Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil keputusan untuk turun ke jalanrayapun.
SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai pengadil pilihanraya di negara kita.

Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.

Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.

Lebih pelik lagi apabila timbalan pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?

Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi ini.

Perkara ini melondehkan kelemahan SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.

Inikah sikap SPR di negara kita? SPR bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN. ~tranungkite

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak payah suruh dia minta maaf Kita nak suruh dia dam pengerusi suruhanjaya penipu@ pengkhianat rakyat letak jawatan dan spr dibubarkan. Letak spr di bawah kuasa parlimen. Selagi tak dibubarkan selagi itulah mereka akan mengatur penipuan secara licik. Ingat mereka dan start planning untuk menipu dlm pilihanraya2 yg kecil sampai Pru14. Mereka akan mempastikan B end untuk terus berkuasa. Selagi spr tidak dibubarkan selagi itulah piliharraya tak dapat berjalan dengan b ebas dan adil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...