30 Mei 2013

GEMPAR ! PUNCA SEBENAR BOT EXSPRES KARAM DIDEDAH



Masalah enjin punca bot ekspres karam

Enjin bot berhenti dan sukar untuk bergerak di kawasan sungai yang deras, oleh sebab itu, ia mungkin terlanggar batu," kata Ronald Sagah.




KUCHING: Kerosakan enjin dikatakan antara punca tragedi bot ekspres yang sarat dengan penumpang karam di Sungai Rajang, Isnin lepas, kata Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya, berdasarkan laporan penyiasatan, bot berkenaan dipercayai bergerak dari Bakun seawal jam 6 pagi dan berhenti di Belaga untuk menurunkan penumpang.

“Enjin bot berhenti mungkin disebabkan kerosakan atau kegagalan untuk berfungsi dan ia telah menyebabkan masalah dan kesukaran untuk bergerak di kawasan sungai yang deras, oleh sebab itu, ia mungkin terlanggar batu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita punca insiden bot ekspres karam selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17, di Kompleks DUN Sarawak, di sini, semalam.

Bagaimanapun Sagah memberitahu, penumpang membanjiri kawasan terminal bot mencecah 5,000 sehingga 10,000 dalam masa satu hari.

“Namun kita di LSS hanya mempunyai 102 pegawai penguatkuasa yang bertugas di terminal utama di seluruh Sarawak.

“Kadang-kadang berhadapan dengan orang awam bukan suatu perkara yang mudah dan kakitangan kami turut tertekan ekoran kerenah orang ramai,” tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat.



Jalan raya di pedalaman

Sementara itu, Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdullah Saidol berkata, kerajaan BN turut berkongsi kesedihan atas kemalangan yang berlaku.

“Tetapi perkara ini cuba diletakkan oleh pihak pembangkang dalam usul penghargaan, namun bagi saya secara peribadinya, saya lihat kurang keikhlasan di situ.

“Mereka mengambil kesempatan terhadap kemalangan yang berlaku untuk dipolitikkan dan itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Namun, Abdullah bersetuju dengan pembinaan jalan raya dengan secepat mungkin khususnya di pedalaman.

“Usaha ini sedang dilaksanakan pada ketika ini, tetapi ia tidak dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun seperti yang didakwa oleh pembangkang kerana ia banyak faktor perlu diambil kira,” jelasnya.~ Fmt


MENGAPA RAKYAT SARAWAK MARAHKAN TV3

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...