26 Mei 2013
Menghakis legasi Ustaz Azizan di Kedah telah mula ?!! -pengakuan blogger pro-amno
Mummy Rokiah dalam tulisannya menyebut "Begitu juga di Kedah usaha-usaha penyucian legasi bekas MB juga sedang berlaku. Hakikat kejayaan mantan MB Kedah Ustaz Azizan membangunkan KUIN harus diterima dan ini merupakan legasi Ustaz Azizan. Tindakan-tindakan politik semberono yang tidak bijak dan tidak diplomasi itu telah mengakibatkan penyingkiran Rektor KUIN kerana terperangkap dalam jerangkap percaturan pegawai-pegawai tadbir negeri yang mempunyai agenda yang lebih besar dengan memperalatkan orang-orang politik."
Sikap politik dendam ini dilihatnya sebagai suatu yang tidak sihat dalam politik orang-orang Melayu di mana UMNO bersikap pendendam.
Mummy Rokiah memuji sikap PAS yang lebih bersifat rasional dimana ustaz Azizan menunjukkan sikap yang sangat baik.
Tulisannya "Kerajaan BN tidak harus menghakis legasi ini kerana ketika Ustaz Azizan mengambil alih Kerajaan Kedah beliau tidak pernah cuba menghakis mana-mana legasi pemimpin Kedah yang terdahulu. Beliau sendiri amat menghormati Tun Mahathir sehingga mendapat tentangan dari kalangan penyokong taksub parti nya sendiri.
Kini di Kedah ramai pemerhati yang melihat Mukhriz membawa corak kepimpinan korporat di dalam pentadbirannya di mana ‘delegation of power’ kepada orang bawah yang berlebihan. Mungkin ‘applicable’ dalam korporat tetapi ‘miserable’ dalam politik. Apa pun terlalu awal untuk dibuat tafsiran. We look and see. Rakyat sedang menjadi pemerhati setia untuk melihat kelayakan pemimpin mereka yang mereka amanahkan.
Pengerusi Hindraf yang suatu masa dahulu pernah memaki hamun orang Melayu kini bukan setakat dimaafkan malah dilantik sebagai Timbalan Menteri apalagi kita sesama Melayu untuk terbawa-bawa dengan dendam yang penuh emosi menghukum Melayu yang lain."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan