30 Mei 2013

Pengawal peribadi kerabat Kedah dipukul di resort lima bintang Phuket



Seorang pengawal keselamatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipukul di resort lima bintang di Phuket, Thailand lapor The Star Online.

Difahamkan, empat lelaki telah bertindak menyerang pengawal keselamatan itu kerana menyangkakan dia adalah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Patong Millennium Resort, awal Khamis.

Tunku Annuar merupakan adik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Phuket diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mencari empat penyerang yang berjaya dirakamkan oleh kamera keselamatan semasa mereka melarikan diri.

Polis Patong percaya tiga daripada penyerang merupakan warga Malaysia sementara seorang lagi adalah warga Thailand.

Polis hairan bagaimana penyerang-penyerang itu mendapat kad kunci untuk memasuki salah satu daripada beberapa bilik ditempah untuk rombongan Tunku.

Menurut Phuketwan.com, Tunku tiba di Phuket pada 27 Mei dan sempat di ambil gambar malam sebelumnya semasa dipersembahkan plak peringatan di persembahan pertunjukan terkenal Phuket, FantaSea.

Beliau telah menempah 10 bilik di Millennium yang bersambung dengan pusat membeli-belah terkenal Patong, Jungceylon.

- The Malaysian Insider

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerabat Beraj Kedah ni buat pa kat Phuket sampai booking 10 bilik.dia ni sorang ka dengan Bini dia?ni lah dia kalau Rakyat Tanggung makan minium diaorang Tak yah keja dapat melancong keluar negeri dengan duit keringat RAKYAT yang kais pagi makan pagi kais petang kadang2 SESAK nak MAKAN.sistem MENANGGUNG ANAK BERANAK RAJA NI MESTI DITUKAR.RAKYAT MARHEAN SENGSARA MANA DIA ORANG AMBIK TAU.TANGGUNG BIAWAK HIDUP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...