29 Mei 2013

PECAH BERITA ! TIAN CHUA BERCERAMAH 2.30 PAGI...APA CERITA NIE.... [ +Video ]





Ucapan Tian Chua di luar Balai Dang Wangi pada pukul dua tengah malam, " Kita harus berani melawan kezaliman" kata Tian Chua.

Tamrin, Haris dan Safwan telah dibebaskan sebentar tadi pada pukul 11.35PM.

Tian Chua  yang masih di dalam Balai Polis Dang Wangi. dipercayai akan dibebaskan sebentar lagi (pagi ini).

Besok mereka kena menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah, Jalan Duta, Aras 4.


BERITA LANJUT :

TIAN CHUA, TAMRIN, HARIS IBRAHIM DAN HISHAMUDDIN RAIS DISAHKAN KENA TANGKAP DAN AKAN DI DAKWA MAHKAMAH PAGI INI

Empat aktivis PAKATAN RAKYAT didakwa hari ini dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948

Empat aktivis Pakatan Rakyat yang dibebaskan 24 Mei lalu, ditahan semula dan didakwa di bawah Akta Hasutan hari ini selepas permohonan reman polis diterima majistret semalam.

Mereka yang ditahan sehingga malam tadi adalah Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar, Muhammad Safwab Anang@Talib dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Turut menerima perintah tahanan reman ialah seorang lagi aktivis Hishamudin Md Rais.

Ketua Siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...