27 Mei 2013

Panas ! Selepas BN Menang Rumah Mampu Milik ( PR1MA) Turun Kepada 40K ?




Harga Rumah Mampu Milik (PR1MA) Bawah RM400,000 di Bandar Utama di Malaysia (1,310 – 1,380 kaki persegi)!

Masalah terbesar kebanyakan golongan pertengahan di kawasan bandar hari ini, apa dia? Kalau tidak bukan mendapat satu kediaman untuk mereka berteduh pada harga yang berpatutan. Di mana mereka berjaya memiliki kediaman sendiri dan dalam pada masa yang sama pemaju tidak menekan pembeli dengan menjual pada kadar keuntungan 100% seperti yang berlaku pada kebanyakan projek perumahaan hari ini.

Nah…..itu sebablah Datuk Seri Najib Razak tampil dengan idea PR1MA ini dengan menawarkan harga mampu milik kepada anda semua. Harga? Harga rumah yang dirasakan sesuai dan “mampu milik” kepada semua adalah RM400,000 ke bawah. Dengan bayaran bulanan sekitar RM2,000 sebulan untuk tempoh jangkahayat pinjaman selama tempoh 40 tahun, anda bakal berjaya memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar. “Tahniah!”


Sekitar 2 tahun dahulu, kami pernah menyentuh mengenai kadar harga rumah yang diletakkan di bawah skim perumahan PR1MA yang wajar disemak semula. Semakin tinggi paras harga rumah yang ditawarkan di bawah satu skim yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar, pastilah pemaju akan menggunakan kesempatan untuk membina rumah-rumah yang mampu menjana keuntungan yang berlebihan kepada mereka.


Kalau ikutkan kawasan Bukit Raja agak elit juga disebabkan dekat dengan Setia Alam & berdekat dengan beberapa lebuhraya utama di Lembah Klang. Harga rumah sekarang terutamanya projek-projek baru lebih mahal berbanding subsale. Disebabkan kebanyakan projek-projek baru ini, pembeli tidak perlu bayar deposit sehingga 10% & setem duti, S & P pun ada dikecualikan atau mendapat potongan diskaun. Semuanya kos-kos ini dimasukkan sekali dalam harga rumah tersebut.

Cuma meletakkan “kata-kata penarik” bagi rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 1,310 kaki persegi & 1,38o kaki persegi di bawah harga RM400,000 adalah di bawah harga pasaran? Benarkah? Mengapa tidak berterus-terang?





Namun, kalau kerajaan benar-benar berhasrat untuk membuat rumah mampu milik pun, buatkanlah dalam lingkungan RM150,000 hingga 300,000 tidak kira lokasi mana-mana. Jikalau di kawasan bukit Raja Klang contohnya, memnag elok buat apartment 3 bilik, keluasan keluasan dalqm 1,000kp. Harga tawarkanlah sekitar RM150,000 sahaja. Insyaallah ramai yang akan mampu beli.

Jika yang merencanakan projek perumahan mampu milik di Malaysia berpijak di Bumi yang nyata, sesuai dengan tahap disposable income (sebelum beli rumah) rakyat lepas tolak belanja itu ini, rumah mampu-milik sepatutnya dalam lingkungan :

RM80,000 – RM120,000 (apartment)
RM200,000 – RM250,000 (teres setingkat)


Ya…..memang betul harga RM200,000 pun di bawah paras RM400,000. Tetapi apabila disebut RM400,000 bermaksud rumah paling mantap dalam projek perumahan PR1MA adalah berharga sekitar RM400,000 untuk rumah teres 2 tingkat. Sepatutnya, perbanyakkan lagi rumah apartmen, townhoue ataupun rumah setingkat kawasan-kawasan bandar.
sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...