langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

09 Mei 2013

PANAS ! PASAI APA AZMIN ALI MENGAMUK SAKAN NIH....

Azmin Ali nak keluar PKR ke nih?

Nampaknya tak cukup ruang di Tropicana untuk Azmin berperang dengan Anwar.. laman Twitter pula diguna untuk meneruskan peperangan..

Tweet dari Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali di atas dipercayai ditujukan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selasa lalu.

Menurut apa yang tersiar dilaman Twitter milik beliau itu, Azmin Ali mempersoalkan akan kegagalan Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu dan penjelasan mengenainya akan dilakukan dalam masa terdekat.

Azmin juga dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.

Esok, 11 pagi Azmin akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang berkaitan tweet tersebut dan jawatan MB Selangor.

Yang menariknya ianya tidak akan diadakan di ibu pejabat PKR.. tetapi di De Palma Hotel..


Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN

Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media khas seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De Palma Hotel, Ampang

Justeru, kami mengalu - alukan semua warga media untuk hadir sama dalam sidang media tersebut.

Sekian, terima kasih.

Kenapa nak buat sidang Media di De Palma Hotel tu??.. nak keluar PKR ke?

Nih pendapat aku... Berselisih pendapat adalah perkara biasa dan ianya adalah satu amalan yang baik bagi mencari apakah yang terbaik.

Tetapi jika penyelesaiannya masih tiada, sebagai seorang salah seorang dari pemimpin tertinggi dalam PKR, Azmin Ali sewajarnya mengawal kemarahannya dengan sebaik mungkin, bukannya menyerang DS Anwar Ibrahim dilaman sosial.

Ianya hanya akan mendedahkan kepincangan yang ada dalam PKR kepada puak-puak UG dan juga UMNO..


Tapi menurut Sinar.. Azmin Ali kata dia nak selamatkan PKR..

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.

Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, beliau akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.

“Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme,” katanya.

Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.

“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.

“PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya,” katanya.

Mengenai calon menteri besar yang dikatakan sewajarnya diberikan kepada pemimpin Pas, beliau berkata, kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.

“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.

“Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat PR yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama PR. Ia adalah hasil kerja pimpinan dan anggota parti PR di peringkat daerah dan kampung,” katanya
~ Sinar Harian

Nak menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme dengan menyerang Anwar secara terbuka??.. he.. he.. he.. BAGUS!!! Teruskan...~ASD

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai.. Jadilah pihak yg mendamaikan 2 sahabat, PAHALA SEDEKAH. Ini makin memanaskan! banyakkan muhasabah diri!

Tanpa Nama berkata...

Ingat macam mana wan azizah bela dia.ingat azmin ali.rujuk kepada pemimpin.nak jadi macam B-bangla+N-nepal jugaka?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dibaca teliti kenyataan Azmin dalam Twitter tu ada betulnya. Buat masa ini buat apa lagi DSAI nak meniupkan api kebencian rakyat kepada SPR dgn membuat rally besar-besaran? Kalau untuk menunjukkan kekuatan sokongan, rasanya sudah diterjemah dalam PRU.
Ini adalah masa untuk menterjemahkan manifesto yang dicanang-canangkan sepanjang tempoh berkempen. Yang mana boleh dilaksanakan, disegerakan. Yang mana tak dapat dilaksanakan atas kekangan kuasa pemerintah, kita usulkan.

Lama kelamaan, rakyat akan muak dengan permainan demonstrasi. Pada ketika itu, simpati akan bertukar benci.

Tanpa Nama berkata...

Biarkn dia kluar PR apkh die prnah susah mcmsna dsai rase...klu btl die kluar pr rakyat gombak perlu kepong rumah die minta btlkn ahli parlimen...agar rakyat blh plh pemmpn bru..yg kntal dgn ugutan n bkn tamakn kuasa....

Tanpa Nama berkata...

wakakakakaka..
akhirnya dia menunjukkan rupanya yg sebenar... PKR akan lebih berwibawa tanpa musang berbulu ayam ini...
aku dah syak dari mula lagi siapa si azmin ni.... mentornya adalah tun mamak kuty...

Tanpa Nama berkata...

Berambusle ko azmin

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum,
Tokwan dah baca ledakan minda anak muda ini, rupanya panas baran kakak dia Umi Hafilda mengalir juga dalam tubuh ini, tokwan boleh rasa kekecewaan Azmin bila PAS & DAP secara ikhlas, matang dan berwibawa memberi sokongan kepada TS Khalid sebaGai MB Selnagor. Orang mengukur pencapaian TS Khalid yang dah pasti, awak menunjul diri kerana GILA KUASA.... ini kah perjuangan Anda?
Wahai Azmin jadilah seperti Chik Gu Bad...... pejuang sejati jatug bangun bersama rakyat.
Tokwan akui beberapa kesilapan DSAI dalan pemilihan calon, DSAI TIDk mengambil kira sentimen akar umbi, kitahilang Kajang kerana Chik Gu Lee di pinggirkan,
Khalid Jaafar Ulu Selangor tidak di sukai penduduk tempatan begitu juga MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB Pasir Salak adalah pilihan salah kerana Pasir Salak sedia berubah jika calon mereka diketengahkan dan Dr M Noor Manuty bukanlah calon untuk Bafgan Serai lebih berkesan jika beliau di letak sebagi calon DUN Larut. INI KESILAPAN DSAI sejak dari pengumuman lagi tokwan dah kata dengan sahabat tokwan semuanya akan pergi ke bn....... Betul berlaku.
Tapi nasihat tokwan untuk Azmin tiokwan dah lalu 13 PRU yang benar terlibat 12 tapi tokwan tak pernah mimpi nak jadi YB, NASIHAT TOKWAN BERHEMAHLAH BILA BERCAKAP DAN MENULIS, TERLALU RAMAI MUSUH DILUAR NAK AMBIL KESEMPATAN, AWAK MASIH MUDA DAN PANS BARAN BAWA BERSABAR, RAKYAT UMUM MAHU TS KHALID...... BAWA ISTIGHFAR DAN BERSABAR ATAU SERTAI SAJA KAKAK KAMU PERANGAI DSAI DAN KAK WAN..... JIKA ITU YANG KAMU MAHU.

Tokwan harap jika ada kawan-kawan Azmin yang baca sampai pesanan tok wan in kepadanya..... Tokwan jauh di pingiran desa perak......... untuk menyampiakan sendiri.

Tokwan Perak




air gunung berkata...

Sedap jer ckp ea sampai x fikir org lain punye penat lelah abis duit,masa,kena belasah,jahit mulut,mkn nasi cair seminggu pasal tulang pipi kena balun,berjaga siang mlm dah x jadi mcm org,ckp or bg pendapat dr bilik berhawa dingin atau tempat yg teduh senang.sgt mudah.tp hati2 sblm keluarkan kata2 or pendapat.cuba fahami hero yg x didendangkan bersusah payah kemudian ditipu bgitu shj mcm kmbing or lembu.bkn sekali.berkali2.dua perkara perlu difahami.satu adalah sabar,kemudian bodoh.sabar boleh dan digalakkan.tp jgn jd bodoh

Tanpa Nama berkata...

bila dah menang kerusi berani la buat camni..cuba kalo kalah? apa masalahnya AA ni? ke bengang sbb DSAI tangguh bersara dr politik?

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya,azmin ali yg layak MB Selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...