08 Mei 2013

BERITA YANG TIDAK DIULAS TV3 & RTM , MELAYU DAP MENANG 3 KERUSI TEWASKAN CINA BN..!!!


Melayu DAP menang tiga kerusi, tambah undi dan pecahkan tembok perkauman

 Momokan perkauman sempit dan jahat UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13, semalam.

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi DUN Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.

Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.
Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman UMNO-BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.

PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.



KESELURUHAN  DAP menang 38 kerusi Parlimen- PRU 13

DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), apabila memenangi 38 daripada 51 kerusi, dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjaya menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Di Parlimen Gelang Patah, Kit Siang mengalahkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk
Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Kemenangan itu membuktikan pengundi Cina di kawasan Parlimen itu memberi sokongan padu kepada DAP tambahan pula peningkatan pengundi keluar mengundi iaitu sebanyak 89.1 peratus berbanding anggaran di seluruh negara antara
70 dan 80 peratus yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Gelang Patah, calon DAP juga menang di Kluang, Bakri dan Kulai, bagaimanapun tewas di Labis dan Tanjong Piai.

Pada PRU 2008, DAP menang 28 kerusi parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Bagan dengan majoriti 34,159 undi serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air
Puteh dengan majoriti 7,700 undi.

Berikutan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mengumumkan peletakan jawatan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana bertanggungjawab terhadap kegagalan BN merampas semula kerusi negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Di Kuala Lumpur, DAP menang semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu di
Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras.

Di Perak, semua tujuh calonnya menang dengan margin selesa di kebanyakan
kerusi Parlimen majoriti Cina iaitu Taiping, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Telok Intan.

Selangor juga menyaksikan DAP mengekalkan penguasaannya di Puchong (Gobind
Singh Deo), PJ Utara (Tony Pua) dan Klang (Charles Santiago). Pendatang baru,
Ong Kian Ming juga berjaya menewaskan Datuk Yap Pian Hon (BN) di Parlimen Serdang.

Di Melaka, calon DAP, Sim Tong Him mengekalkan kerusi Parlimen Kota Melaka,
namun kalah di Alor Gajah menerusi Damian Yeo Shen Li, serta kekal di Seremban
dan Rasah.

Di Sabah, DAP memenangi kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan, namun kalah di
Sepanggar dan Putatan.

Di Sarawak, pengundi terutama di Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sarikei
dan Sibu, memilih calon DAP sebagai wakil rakyat mereka di Parlimen, manakala BN
menguasai Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. – Roketkini.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu bagi kawasan yg ditandingi Dap.. Bagi kawasan yg ditandingi PKR di Bandar Tun Razak (Tan Sri Khalid vs MCA).. apa yg berlaku undi di kawasan Cina ternyata telah memberi sumbang besar kpd Tan Sri.. Sebenarnya cina bukan bukan takat sokong Dap, tetapi mereka menolak lambang dacing dlm PRU13 ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...