07 Mei 2013

TERHOT ! UMNO MULA MAINKAN ISU PERKAUMAN PASAI APA INI SEBABNYA ..!!! SAKSIKAN




Pencapaian Najib lebih teruk dari Pak Lah...Lebih parah penipuan dalam pilihan raya kali ini paling teruk dalam sejarah....Untuk mengalih Isu ini mereka mula menyerang DAP....



'Tsunami Cina' Atau 'Tsunami Rakyat'....

Menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Sebenarnya gelombang perubahan ini merupakan 'Tsunami Rakyat Malaysia' dan bukannya 'Tsunami Kaum Cina'. Gelombang perubahan ini telah berjaya menambah kerusi parlimen Pakatan Rakyat daripada 82 buah kerusi pada PRU 2008 kepada 89 buah kerusi pada PRU 2013 dan menambah bilangan kerusi negeri Pakatan Rakyat daripada 197 pada PRU 2008 kepada 230 pada PRU 2013.

Kemenangan Umno/BN juga bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN bukannya bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma.




Walaupun Umno/BN berjaya menang PRu 13 tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada mereka terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

Hakikat sebenarnya ialah Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dan negeri wajar dipuji memandangkan berjuta-juta ringgit dibelanjakan Barisan Nasional (BN) untuk makan malam percuma, hadiah dan mencetak penipuan dan pembohongan di dada akhbar perdana bagi tujuan menyebarkan politik yang jijik dan tercela berdasarkan ketakutan.

Di segenap pelusuk negara Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi di dalam kawasan yang sebelumnya dianggap sebagai kubu kuat BN dan menewaskan ramai orang kuat BN di kawasan majoriti Melayu




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cubalah pr memainkan isu sebegini, apa akan terjadi? yg pastinya kpn akan terus terjaga dari tidur akibat kekenyangan.

sizzly7761 berkata...

Cina memang cerdik berpolitik dan memanfaatkan politik untuk dapatkan yang terbaik untuk kehidupan mereka! Mereka juga jelas dengan matlamat untuk ujudkan keadilan sosial,tiada rasuah dan salahguna kuasa! Sebab tu mereka sanggup undi calon melayu yang berintergriti seperti Rafizi,Nurul dan sanggup menghumban bangsa mereka yang korup dan tiada intergriti seperti wakil MCA yang kalah! Sebaliknya melayu yang mengaku Islam sebahagian sanggup lagi menjulang dan menangkan pemimpin melayu yang korup,salahguna kuasa,skandal, dikaitkan dengan pembunuhan, kaki arak untuk jadi pemimpin dan memimpin hidup kita walhal itu semua jelas ditegah oleh hukum! Salahkah kalau kita mengesahkan bahawa bangsa melayu ni memang bangsa yang sombong bodoh! Ditawarkan harga minyak turun taknak,belajar percuma taknak, tapi berebut dan beratur panjang untuk terima sedekah BR1M dari perompak yang merompak duit kita sendiri sebagai pembayar cukai! Memang melayu banyak yang poyo dan mengalahkan 'jidin sengal'.!

Tanpa Nama berkata...

Gua sokong sizzly 110%,Bodoh x leh diajar

Ni berkata...

Aku juga sokong SIZZLY7761, memang banyak MELAYU masih di tahap bodoh dungu, terutamanya di luar bandar. Mereka ini lebih bersifat perkauman, mereka mudah dihasut, diadu-domba sebab mereka spesis yg bangang. Fikiran mereka masih terlingkup. Umpama katak bawah tempurung. Itulah sifat kebanyakkan org MELAYU.

Tanpa Nama berkata...

headline tu patut sebut sekali

'sokongan bangla makin meningkat'

Tanpa Nama berkata...

kalah atau menang adat pertandingan.
yang penting yang kalah tu munasabah diri la..yang menang tu tambahkan cermin diri supaya tak tersasar dari tujuan berkhidmat sbg wakil rakyat bukan mengamal politik BERDENDAM sebab tu pilihan mereka (demokrasi)
Yang baik tu datang darinya...yang buruk tu dari diri sendiri...

Cinamau Cincau berkata...

Sizzly, shouldn't say "melayu bodoh". The ones that voted for BN is not because of bodoh, but because they don't have the same information. They don't have internet. They have to rely on mainstream media. If they can get information from somewhere else, they might realise how corrupt BN has become. There is no such thing as 'bodoh'. It's just 'belum sedar'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...