28 Mei 2013

PANAS ! PAKATAN SELANGOR, HANGPA JANGAN BUAT PERANGAI HASSAN ALI? EXCO BUKAN WAKIL PARTI KE...

PAS Tuntut Satu Jawatan Khas Di Selangor.

Dengan ura2 perlantikkan Saifuddin Nasution ke dalam kerajaan negeri, Pas Selangor juga mempunyai satu pendapat berkenaan hal tersebut.

Baca bawah ;

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD : SELANGOR JUGA NEGERI PAS.

Ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" sepertimana selama ini mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini "negeri mereka" kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ianya adalah "negeri Pakatan Rakyat" yang sebenar.

Oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor.

Ahli-ahli telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor, sudah tentu mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi

Iskandar Abdul Samad

*Pandangan saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan / Ahli Dewan Negeri Chempaka

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai ahli {PAS..aku rasa makin meluat dgn sikap puak2 ni....bila menang pakat2 gila kuasa...pakat2 nak berebut jawatan....rakyat dan pengundi dok tengok perangai hampa...sejak dok gila jawatan di Selangor...dah ramai kedengaran pengundi yg mula meluat dengan PAS....ingatkan ada sikap rendah diri dan tawadoq...rupa2nya berebut jawatan lebih teruk drp AMENO.....kalu mcm ni kompom bungkuih dalam PRU-14.....tu la dok kata kat AMENO sangat....boleh habuanla balik....

Tanpa Nama berkata...

gila kuasa betul puak-puak PAS ni.

Tanpa Nama berkata...

Bila nak selesai.duk banyak kerenah je

driz berkata...

Bro... PAS tuntut exco agama la... yg ni semua rakyat selangor dah tahu

Tanpa Nama berkata...

Kenapa lantik Saifuddin tanpa melalui perbincangan dengan PAS dan DAP?

Adakah Saifuddin juga akan tumpu kawasan parti PAS dan DAP?

Adakah PKR akan mendapat dana khas melalui perlantikan Saifuddin?

Tanpa Nama berkata...

Relax2 jgn kecoh2. Pandangan saya pulak.
Jgnle ada perasaan cemburu atau iri hati dgn apa jawatan yg diberi kpd saifudin itu. Munkin ds anwar fikir perlunya diberi sesuatu kpdnya diatas jasa2yg tlh dicurahkn kpd pr selama ini.
Kalau kita tengok apa jua perbahasan diparlimen saifudinlah yg kita lihat bnyk mempertahankn ds anwar bila diserang oleh puak sebelah sana.
Klu bg pd pas, ada pulak yg bunyi bg pehak dap.Kalau nak bagi juga saya rasa elok bg pd abg mat sabu kita. Ha ha ha ha

IbnAbdHalim berkata...

Nampaknya tak ada beda antara PAS dan UMNO sebab tulah kat Terengganu dan Kedah hanya satu penggal saja. Kat Kelantan kerana faktor TGNA. Rasanya PRU14 nanti Kelantan pun akan ghuyub.

Unknown berkata...

Apa salahnya perlantikan itu akan memberi kebaikan kepada kerajaan PR Selangor. Berfikirlah secara positif. Bawa berbincang, itu tandanya kita matang. Kita ada protocol dan ada saluran untuk dibawah ke atas. Tidak perlu di kecoh-kecoh. Fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...