18 April 2013

TERKINI ! SENARAI CALON-CALON PAKATAN RAKYAT KEDAH DISEBAR !!!




DAP Kedah buat kerja ''bangang'' tak hadir pernaamaan calon PR Kedah

DAP tidak hadir majlis umum calon pakatan rakyat Kedah

Alor Setar: Pakatan pembangkang Kedah mengumumkan senarai calonnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) malam tadi tanpa disertai DAP.

Perkara itu menimbulkan andaian seolah-olah DAP memboikot majlis pengumuman calon yang berlangsung di Markas PAS negeri di Kota Sarang Semut, di sini, susulan perebutan kerusi yang diuar-uar berlaku antara pakatan pembangkang sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika mengulas perkara itu mengakui DAP tidak hadir kerana parti itu masih belum memuktamadkan soal calon.

Pengerusi DAP negeri, Lee Guan Aik, pula ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih bertekad dengan tuntutan dibuat sebelum ini membabitkan dua kerusi Parlimen dan enam DUN.

Dua kerusi Parlimen terbabit ialah Padang Serai dan Alor Setar, manakala empat kerusi DUN pula ialah Kota Darulaman, Derga, Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang dan Sidam.

Bagaimanapun semua kerusi terbabit sudah diumumkan calon oleh PAS dan DAP kecuali DUN Kota Darulaman dan Derga yang dipersetujui untuk mereka. [Berita Harian]


PRU-13: Pas Kedah umum calon tanpa DAP 


Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH dan JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR 18 Mac - Menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini, krisis pembahagian kerusi pakatan pembangkang Kedah masih belum selesai apabila majlis pengumuman calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini malam tadi dilakukan tanpa senarai calon dari DAP.

Senarai calon bagi Pas Kedah diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sementara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Izham Ramli.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md. Nor selaku pengerusi majlis memaklumkan ketidakhadiran wakil DAP Kedah untuk mengumumkan calon pihak mereka disebabkan kegagalan parti itu memuktamadkan calon mereka ekoran kerusi yang dituntut mereka daripada PKR Kedah.

DAP Kedah baru-baru ini membuat kenyataan mahu PKR menyerahkan kerusi DUN Bakar Bata dalam Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Arang (Sungai Petani) selain menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar.

Pengumuman tersebut bagaimanapun jelas tidak 'diiktiraf' oleh PKR Kedah apabila mengumumkan calon bagi kesemua kerusi yang bakal ditandinginya, termasuk di Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata serta DUN Bakar Arang dalam majlis malam tadi. - UTUSAN ONLINE

-HANGPA PAKATAN DAH 5 TAHUN BERSAMA MEMERINTAH KEDAH NAK SELESAI CALON PUN TAK BOLEH...TU DIA SEMUA PAKAT EGO.....HANGPA INGAT KUAT DAH KUT.....KALAU RAKYAT TOLAK KUT MELOKO NANTI....... 

Profail Calon PAS Kedah PRU13



SAMBUNG LAGI SINI


Empat exco kerajaan Kedah digugurkan

ALOR SETAR 18 Mac - Empat exco kerajaan negeri digugurkan sebagai calon pakatan pembangkang Kedah bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Mereka yang digugurkan ialah, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Pas) dan tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu, Datuk S. Manikumar, Tan Chow Kang dan Lim Soo Nee.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...