19 April 2013

PECAH BERITA ! PERGOLAKAN UMNO LANGKAWI BERTAMBAH PARAH..CALON PILIHAN NAJIB DITOLAK !!!



Oleh : YB Pulau Paku

Hari ini dikejutkan oleh penyokong-penyokong dan ahli UMNO Langkawi yang membantah pencalonan Parlimen, Dato' Nawawi dan Calon DUN Kuah Nor Saidi, dipercayai mereka amat tidak puas hati dan ini merupakan pertama kali bantahan secara terbuka terhadap calon-calon umno oleh ahli-ahli sendiri.
Pentempuran dalaman ini menjadi barah dalam BN Kedah yang menjadi punca mereka kalah pada PRU 2008. Dari pandangan dan keadaan semasa di Langkawi peluang Pakatan agak cerah kerana dapat membuktikan untuk mentadbir Kedah selama 5 tahun.

Juga pendedahan berkenaan penyelewengan-penyelewengan  yang dilakukan semasa BN memerintah menyebabkan keyakinan rakyat Langkawi terhadap BN semakin berkurangan.

Parlimen Langkawi , Dun Kuah dan Dun Ayer Hangat merupakan kubu kuat BN semenjak dahulu lagi setakat ini belum pernah ditewaskan oleh mana-mana parti. Tambahan pula dengan bantuan PATI Burma yang mudah menjadi warganegara  juga merupakan tempat masuk Pendatang Burma dan  Melayu dari Thailand.   

Memang rakyat Kedah dan Malaysia sedia Maklum tentang perkara ini dimana Bukit Malut, Kg. Padang mengkuang , Kg.Tepa  juga setengah mereka dipindahkan di Taman Nilam Kisap.  Bagi penduduk Melayu Thailand kebanyakan mereka tinggal di Kg.Tepi Sekolah & Kg. Padang Ranggut mukim Ayer Hangat.   

Mereka ini mendapat layanan istimewa dari UMNO Langkawi yang menjadikan  Simpanan Tetap bagi BN Langkawi.


KAMI PENDUDUK LANGKAWI MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA NOR "SOMBONG" SAIDI SEBAGAI CALON N02 KUAH DAN DATO' NAWAWI "JANJI CAPATI" AHMAD SEBAGAI CALON P004 LANGKAWI " WINCABLE CANDIDATE"

Begitulah bunyi kain rentang yang dibawa oleh sekumpulan anak muda yang menyokong UMNO/BN di Langkawi, Kedah melahirkan rasa bantahan keras terhadap calon-calon yang dipilih Najib Razak bagi Parlimen 004 Langkawi dan DUN N02 Kuah.

PRU 13 kali ini telah dikaui oleh para penganalisis dan pengamat politik sebagai PRU anak-anak muda.

Undi mereka sebagai penetu kalah menang satu-satu yang bertanding.. Jumlahnya bukan kecil dikata hampir 40%.

Jika dari kalangan anak muda awal-awal lagi dah tolak calon yang di pilih Najib maka apa harapan UMNO nak tawan Kedah dari Pakatan Rakyat.





Pertandingan Parlimen Langkawi  dipercayai secara 3 penjuru  dimana selain PKR ada calon bebas yang giat memulakan promosi calon mereka iaitu  PARTI CAP KERETA.



2 ulasan:

XUMNO berkata...

Ramai betul ahli2 Pakatan pakai baju Dacing bantah pencalonan BN di serata negeri.Ini semua tipu helah Pakatan nak pecahbelahkan Umno/BN. najib jangan layan puak2 menyamar ni. Pemilihan calon2 BN untuk bertanding yang anda pilih memang hebat2 dan winnable.Syabas.

Anti Abu Lahab berkata...

Ini bukan orang PKR, tapi bebudak sekolah yg ingat janji dun kuah nak bagi depa komputer sorang sebijik dolu dolu.. "Janji di capati"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...