19 April 2013

GEMPAR ! PERISTIWA ROBOH MASJID RTB BUJAL..MENYAYATKAN HATI ...SAKSIKAN pasti mengalirkan air mata...





IMBASAN :

Setelah setahun BN roboh Masjid RTB Bujal 

Sat | May 27, 06 | 02:16:29 PM
Oleh Khairul Azlam Mohmad

Pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei tahun lalu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.

Itu adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam masa lebih tahun memerintah negeri.

Masjid di RTB itu yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi yang menjadi menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.

Pada sebelah pagi itu, operasi bersepadu beberapa jabatan kerajaan dengan rakus merobohkan 10 buah rumah peserta yang masih dalam pembinaan.

Pokoknya, dulu kita semua bukan main lagi marah, malah pelbagai protes dan bantahan dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.

Kini setahun tragedi tersebut berlalu, umat Islam seolah-olah lupa dengan tindakan yang disifatkan lebih ganas daripada Yahudi yang hanya berura-ura untuk merobohkan Masjidil Aqsa.

Malah dalam majlis ceramah, peristiwa yang mencatatkan sejarah Islam perkembangan di negeri ini umumnya di negara kita sudah tidak disebut lagi, kalau adapun hanya segelintir yang menyebut secara umum tanpa menekankan peristiwa kejam perobohan masjid tersebut.



Masjid RTB Bujal dibina di atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.

Pelan susunatur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.

Para peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susunatur jubin lantainya membentuk saf sembahyang.

Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga akhirnya pada 7 Julai tahun lalu, kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.

Kini setahun telah berlalu, adakah umat Islam merasa sensitif dengan tragedi tersebut?

Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS lalu, hanya 125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.

Kerajaan PAS membahagikan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno yang mengatakan PAS membahagikan tanah di kawasan itu kepada para penyokong parti itu sahaja.

Sekiranya pemimpin Umno beranggapan sedemikian, maka mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada penyokong mereka tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh peserta yang mendapat tanah secara saha di situ daripada Kerajaan PAS sebelum ini berdasarkan pelan cadangan susunatur perumahan, luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.

Selain surau, lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa, kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri itu.
- mks.
SUMBER

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang trengganu dah jadi Darul Runtuh. Mungkin qaddha Allah. Wallahu aklam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...