langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

20 April 2013

PECAH BERITA ! KAMALIA NAIB KETUA WANITA UMNO UMUM KELUAR PARTI, TANDING BEBAS !!!



Kamalia Ibrahim keluar Umno, tanding bebas

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Manakala Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, Kamilia dipecat dari parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia kelmarin berkata, beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan BN dengan tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti iu sebagai calon.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.

Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.


Dalam pilihan raya umum lalu veteran wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengalahkan Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.

Ulasan : Muhyiddin kecewa tindakan Kamilia tanding sebagai calon bebas


PAGOH, 20 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. 

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

“Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

“Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti.

“Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya.


MENYUSUL LAGI....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...