KUALA LUMPUR, 20 APR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terpaksa menghantar surat secara serahan tangan kepada DAP jam 9.30 malam semalam untuk menyatakan bahawa ia tidak mempunyai halangan bagi DAP menyertai pilihan raya umum menggunakan lambang roket.
Dua pegawai ROS yang hadir ke Ibu Pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difaks tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.
“Adalah jelas mereka mengeluarkan surat itu setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke ketika dihubungi media.
Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman itu menyebut, “Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk DAP menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 menggunakan simbolnya.”
Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon DAP diterima bertanding menggunakan lambang roket. – Roketkini.com
3 ulasan:
INSYAALLAH PR MENANG
Mesin fax rosak?
Dah mcm opis bawah pohon cemara je.
najib takuuuut DAP guna lambang PAS...meroyan lah najibrosmah...pah tu tunggang langgang ROS buat surat...mereng punya KERAjaan Usin
Catat Ulasan