Esok baru pengumuman rasmi dibuat, tetapi nampaknya Pakatan Rakyat yang sebelum ini terperuk kena belasah kerana pertelingkahan dan perebutan dalam pencalonan serta kerusi yang ditandingi, boleh bersandar berehat seketika untuk bertepuk tangan melihat gelagat orang Barisan Nasional pula.
Dengar-dengarnya, sudah semakin ramai yang PERASAN MEREKA TERSANGATLAH popular dan dikehendaki oleh akar umbi, akan menganjurkan demonstrasi membantah calon-calon yang diumumkan di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO masing-masing.
Eloklah tu...
Yang dah memang jadi besi buruk dan tahi reput pun, masih ada hati nak bertanding dan perasan hebat. Malah ada yang sebenarnya tak berpendidikan tetapi setelah dihinggapi sindrom perasan yang ultra teruk, juga khabarnya akan berdemonstrasi esok dan mengugut untuk tidak keluar mengundi atau dengan kata lain, memberikan kemenangan mudah kepada Pakatan Rakyat.
Itu demam yang sedang melanda Barisan Nasional.
Namun ada juga nama yang telah dicantas, sekalipun memberikan khidmat cemerlang dan memang disukai oleh akar umbi. Bagaimanapun, atas dasar politik dan permainan pemimpin atasan yang cuba mewujudkan geng mereka sendiri, akhirnya pemimpin yang memang telah menang dengan cemerlang akhirnya dicampak dengan alasan memberi laluan kepada muka-muka baru.
Senarai calon MCA tidak lama lagi akan “dihakimi oleh rakyat”, kata Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini, sebaik sahaja disahkan digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Akan tetapi bekas presiden MCA mendiamkan diri tentang sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas untuk membantah keputusan partinya untuk meletakkan peguam berusia 39 tahun Garry Lim Chin Yee untuk melawan Rafizi Ramli dari PKR.
“Saya akan beritahu apabila tiba masanya. Senarai calon MCA akan dihakimi oleh rakyat tidak lama lagi,” kata Ong dalam kenyataan pendeknya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Ong yang tidak sebulu dengan penggantinya sebagai presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, merupakan ahli parlimen selama lima penggal bagi kerusi parlimen Pandan, digugurkan petang ini dari senarai calon Barisan Nasional (BN) selepas senarai akhir diserahkan kepada semua ketua parti komponen.
Beliau menyertai dua lagi naib presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Gan Peng Sieu yang turut digugurkan sebagai calon.
2 ulasan:
mereka mengamuk sebab calon pilihan mereka diketepikan sebaliknya Ustaz Haji Nike Azuzun terus menerus kekal lebih 20 tahun.... Calon mereka memang baik, seorang OKU bisu dan pekak, oleh yang demikian pasti terhindar dari gejala menfitnah hamba Allah lain.
Parti mereka bukan parti suka kata mengata, tuduh tanpa bukti, dan tidak gemar keluar fatwa selaju air liur.
Hidup Parti Dia Orang.... Hidup PDO... Hidup PDO.!!!!
Mereka dah gaduh sesama mereka. 3 kerusi MCA sudah dirampas oleh UMNO. Kerusi Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju telah diambil oleh UMNO. MCA teruk dikerjakan oleh UMNO..ini kalilah..
Mohon link, sahabat ---http://tunhisyamudin.blogspot.com/2013/04/sahumno-rampas-kerusi-kuantan-gelang.html
Catat Ulasan