22 April 2013

TERHANGAT ! PERKARA YANG BIKIN UMNO SAKIT HATI...!!!



PAS P Pinang akur serah Sungai Acheh kepada PKR

PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini.

"Saya sudah jalankan tanggungjawab bersama kepimpinan PAS Negeri untuk memastikan Dun tersebut ditandingi PAS. Tetapi, ia adalah keputusan pihak tertinggi dalam PAS yang tentunya mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi," ujarnya pada sidang media petang ini sambil menasihatkan semua pihak menerima keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beliau turut menyeru agar pimpinan PAS Pusat segera turun padang bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku dan menjelaskannya khususnya kepada jentera dan anggota parti di Dun berkenaan.

"PAS Pusat sendiri perlu datang untuk menenangkan keadaan dengan menyatukan semua pihak terutamanya kedua-dua parti gabungan PR ini agar bersama menghalakan senapang ke arah musuh, dan bukan sesama sendiri yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah," katanya.

Kerusi Dun Sg Acheh adalah antara tujuk kerusi menyaksikan berlakunya pertindihan calon PAS dan PKR pada hari penamaan calon kelmarin.

Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media mengumumkan cadangan PAS untuk menyerahkan kerusi Dun Sg Acheh kepada PKR.

Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

Sebagai timbal balas, PKR pula dicadangkan agar menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri.

Dengan keputusan terbaru itu, kesemua kerusi tersebut bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calaon Pakatan Rakyat dengan calon BN.

1 ulasan:

maw berkata...

subhanallah!!bila bulan berbicara ada hikmah disebalik menyerah,apa yang utama ialah kita benamkan bn/umno/apco dulu.inshaallah calon pas yang diundurkan yang masih muda boleh melipat gandakan ilmu dan menambat kemesraan rakyat terhadap perjuangan beliau atas titian islam bangsa serta negara.keyakinan rakyat terhadap beliau adalah aset untok bulan terus tersenyum dan berbicara.bagi yang sah dicalonkan dari pkr teruskan perjuangan anda kerana anda pun juga punyai potensi serta disayangi oleh rakyat yang dahagakan keadilan dan mahu bersih dari korupsi,meletakkan islam sebagai memerintah dan bukan diperintah.mata dan telinga rakyat adalah senjata rakyat bagi kedua dua calon ini umpama ditelan mati emak dibuang mati ayah.apa apa pun kita merancang allah swt menentukan.TAKBIR!!!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...