25 April 2013

TERHANGAT! CALUN MUDA BN DITEGUR.. JANGAN DOK 'TIMING' TINGGI...





CALUN JANGAN DOK 'TIMING' MESTI MAMPU PASARKAN DIRI

Mereka yang dipilih sebagai calun khasnya calun-calun yang tidak berpengalaman di dalam politik akar umbi hasil dipayung terjunkan mestilah pandai menampilkan diri ibarat memasarkan produk dengan 'branding' yang kukuhkepada pengundi sehingga pengundi yakin menterjemahkannya di dalam kertas undi. 

MR ingin membawa satu contoh yang terkini semasa turun menemui rakan-rakan di medan baru-baru ini.Semasa di dalam satu majlis di kawasan Parlimen Sungai Petani semalam terserempak dengan seorang calun yang baru dan bertanding di kawasan panas Parlimen Sungai Petani, Shamsul Annuar Che Mey yang berusia 37 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Tekno
logi Komunikasi serta pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Beliau berhadapan dengan calun ’season’ dari PKR Datuk Johari Abdul. Di dalam majlis tersebut yang dihadiri ratusan orang ramai beliau kelihatan keseorangan dan masuk tanpa bersalaman dengan  
 orang ramai, tidak kelihatan mesra rakyat mungkin untuk menzahirkan sikap cendekiawannya sebagai seorang ahli akedemik. 

Penambilan dengan pakaian resmi pejabat tidak langusng membawa jenama parti yang diwakilinya, Barisan Nasional. Seharusnya beliau mampu berinteraksi dengan hadirin yang hadir yang merupakan pengundi-pegundi dalam kawasan beliau. 'First impression' beliau ternyata gagal menawan khalay

Di dalam tempoh berkempen ini calun-calun seharusnya tebal muka selama 15 hari, hemoi dan berjumpalah dengan seberapa banyak pengundi di dalam kawasan di mana sahaja waima di dalam tandas awam sekali pun.
Jangan tunjuk seolah-oleh diri itu ‘timing’ ranggi atau eksyen kelak jawabnya kecundang sebelum bertempur atau diratah hidup-hidup oleh calun parti lawan . Gelanggang politik tidak mengenali siapa. 


Kawasan Sungai Petani dikira kawasan perbandaran yang maju di Kedah. 'Happening'nya mengatasi Alor Setar. Di kawasan ini lah gelanggang tewasnya Tan Sri Zam Maidin yang dikira tokoh ‘heavyweight’ berjawatan menteri tewas terbungkang dalam PRU12 yang lepas tanpa diduga.

Konklusinya di dalam tempoh berkempen selama 15 hari ini calun seharusnya mampu memasarkan diri ibarat menjual produk. Masyarakat mestilah diyakini dengan ‘branding’ pasaran yang kuat dan memikat.

Author MUMMY ROKIAH 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...