24 April 2013

TERBONGKAR ! PUAK UMNO KEDAH SUDAH RANCANG PANCUNG MUHKRIZ..BALUN JANGAN TAK BALUN ?!!!

 Mukhriz Dalam Bahaya Dipancung Puak Umno Sendiri?



Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.

Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima.

Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut:


"Salam tuan punya blog Jalan Pulang. Saya ingin memberitahu sesuatu maklumat penting berkenaan calon Dun Ayer Hitam yang juga anak Mahathir.

Dalam pengetahuan saya, beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah termasuk ketua bahagian yang tidak sebulu dengan Muhkriz dipercayai akan membuat satu mesyuarat tergempar bagaimana mahu menewaskannya di duntersebut.

Sebagaimana yang kita tahu, dun Ayer Hitam ini merupakan kubu kuat Pas tetapi nama Mukhriz yang sepatutnya berada di dun Kuah telah dipindahkan di saat akhir semasa bapanya, bekas perdana menteri yang kita kasihi,Mahathir sedang berada di London menziarahi mendiang bekas pm Tatcher.

Saya merayu supaya tuan dapat melakukan sesuatu keranamaklumat yang sampai ke tangan saya akan memastikan Mukhriz dimalukan bagi memberi pengajaran kepada Mahathir supayanjangan mencampuri urusan Umno.

Kalau tuan hendak tahu, UMNO Kedah kini bermasalah kerana ada dua kem iaitu Mukhriz dan Mat Bashah yang memang menjadi pengikut setia PM kita Najib Tun Razak.

Saya panjangkan maklumat ini kepada tuan agar dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Saya akui semua maklumat yang saya berikan adalah benar setakat pengetahuan saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan Mahathir kerana dia adalah idola saya.

Saya harap nama saya tidak disiarkan sebagai keselamatan kerana maklumat ini rahsia dan hanya diketahui beberapa orang saja.

Sekian, wassalam.

Yang benar, ahlI UMNO Anak Bukit."


- Received : cheannst@gmail.com 23 April 2013 19:47


Dari emel di atas, ada beberapa maklumat yang mengesahkan spekulasi sebelum ini:

1) Mukhriz memang akan diletakkan sama ada di DUN Kota Siputeh atau DUN Kuah dan bukannya DUN Ayer Hitam. Ini bermaksud pemimpin Umno sendiri yang mengkehendaki Mukhriz dimatikan kariernya secara senyap.

2) Senarai nama yang diumumkan Najib memang bukan dari cadangan Mahathir. Nama mereka diumum ketika Mahathir ke London selama tiga hari mewakili Malaysia ke upacara pengkebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tahtcher.

3) Mat Bashah atau nama sebenarnya Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan bos Umno negeri tetapi Muhkriz merupakan timbalannya di Kedah. Calon DUN Bakar Bata ini diketahui tidak mahu Muhkriz menang di DUN Ayer Hitam dan sebab itulah namanya diletakkan di kubu kuat PAS bagi memudahkan Mukhriz dipancung, bukan setakat pengundi tidak mengundinya tetapi Umno sendiri akan memastikan dia kalah.

4) Sekiranya kalah, ini bermakna peluang Ahmad Bashah untuk menjadi menteri besar cerah kerana Muhkriz sudah tiada tempat dalam barisan kepimpinan Umno negeri, itu pun jika Umno dapat merampas semula negeri ini.

Bekas pengerusi MARA, Tamrin Ghaffar juga seakan mengetahui situasi sulit yang dialami Muhkriz dan Mahathir sendiri.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak BEKAS Perdana Menteri itu.

“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya.

Dalam sidang media bersama bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd Taib di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tamrin juga menyeru supaya ahli Umno keluar dan menyertai Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam.

Secara peribadi, saya masih lagi menanti balasan pengirim emel yang hanya menyatakan namanya sebagai "ahli UMNO Anak Bukit" itu.

Jika ada perkembangan lanjut, in sha Allah saya akan kongsikan kepada semua pembaca. ~JP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...