26 April 2013

Berita Gempar! Timbalan Pengarah Kastam Di Tembak Mati Di Putrajaya !!!


Bos kastam mati ditembak 3 das di kepala, leher

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak mati pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.


Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata.

Mengikut maklumat yang ada pada kami, malaysia adalah sebuah negara yang selamat jika mengikut pengakuan jujur dari timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.



dengan pembunuhan ini, sudah jelas malaysia adalah sebuah negara yang TIDAK SELAMAT!
  dan kata kata pemimpin Barisan Nasional adalah pemBOHONGan saja semata mata!

8 ulasan:

Unknown berkata...

Bodoh la hang ni...org dah mati hang nak tuduh orang lain jugak. mau selamat hari2 pi duduk dalam gua la. tupun ada ghimau ngn menatang lain yang boleh makan hang. uiii bodo la. semua nak salahkan orang lain. xterpikiaq ka kepala otak hang ni, dia buat keja bersungguh-sungguh perangi jenayah. ada orang xsuka dan hantar orang bunuh. nk salah kan orang jugak ka. kadang ada benda di luar kawalan. fikir secara waras, jujur dan jelas. ni bodo. buat malu orang kedah laaaaa. hang orang kg mana????

Unknown berkata...

bodo sungguh. kg mana hang ni?

Tanpa Nama berkata...

al Fatihah buat keluarga cikgu aku ni. Allahyarham merupakan guru kelas M5S2 tahun 1979. Kemudiannya menukar profession.

Tanpa Nama berkata...

allahyarham ketika itu mengajar di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis,Pahang.

Tanpa Nama berkata...

Cuba BORHAN HASSAN fikirkan kalu lah adik beradik CIK BORHAN HASSAN meninggal sebagaiman arwah meninggal,,semestinya MISS BORHAN HASSAN akan tertanya tanya kenapa abangku mesti ditembak, dan jiwa MUMMY BORHAN akan tertanya tanya kenapa dan siapa yang ingin menembak abangku ini. Cuba lah PAPA BORHAN HASSAN letakkan diri BORHAN sebagai anak pada arwah, adakah BORHAN akan menerima kematian ini sebagai kematian biasa seperti matinya seekor semut yang di sirami air panas oleh BABY BORHAN HASSAN.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak selamat malaysia hang pi lah migrate ke negara lain !!

yob berkata...

Yang kamu marah Borhan Hassan pasal apa????

orglurusdibenci berkata...

Umpama sekarang ni ibarat tak payah pegang jawatan besar dlm jabatan.. Merbahaya dan berisiko besar ...utk anak2 dan generasi akan dtg kene pilih kerjaya lain kerane kurang selamat.. gitulah maksud yang sebenarnye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...