26 April 2013

PECAH BERITA ! BN SARWAK AKUI 11 PARLIMEN AKAN KALAH !!!


GELANG PATAH, 26 APRIL: Barisan Nasional (BN) Sarawak sendiri mengakui bahawa 11 kerusi Parlimen di negeri itu berada dalam bahaya sekaligus mencerahkan peluang Pakatan Rakyat (PR) melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Calon Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang baru pulang dari lawatan ke Sabah dan Sarawak menyahut cabaran pengundi di tiga negeri ‘deposit tetap’ BN bagi merealisasikan sasaran memenangi 33 kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak dan Johor sebagai pra-syarat untuk rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan PR sebagai kerajaan baru menggantikan BN mentadbir Putrajaya.


Katanya, ini adalah sasaran yang tinggi untuk memenangi 33 daripada 83 kerusi Parlimen di tiga negeri ‘deposit tetap’ BN kerana pada PRU 2008 lalu PR hanya memenangi tiga kerusi, satu kerusi di setiap negeri iaitu Bandar Kuching, di Sarawak, Kota Kinabalu (Sabah) dan Bakri (Johor).

“Bagaimanapun ia tidak mustahil kerana sudah lima tahun sudah berlalu tambahan pula kebanyakan rakyat sudah bosan dengan pemerintahan BN yang banyak melakukan penyelewengan, rasuah, memperkayakan kroni, salah guna kuasa dan tadbir urus yang tidak betul,” katanya dalam kenyataan media di Pusat Ops PR Gelang Patah, hari ini.


Beliau berkata, lawatan singkatnya ke Sandakan dan Kota Kinabalu, di Sabah, dan seterusnya ke Kuching, Mas Gading, Serian, di Sarawak, kelmarin, mendapati angin perubahan bertiup kencang di kedua-dua negeri berkenaan.


Katanya, laungan “Markotop Kalilah” di Sabah kuat dan jelas begitu juga dengan laungan “Ubah” di Sarawak diiringi laungan “Markotop Kalilah – Ubah” menjadi inspirasi semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan bagi menamatkan politik perkauman, rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, pelanggaran hak demokratik dan manusia, ketidakadilan dan tadbir urus yang kurang baik.

Menurutnya, menambah 33 kerusi Parlimen dengan 79 kerusi yang dimenangi PR di negeri lain, PR akan mencapai angka ajaib 112 untuk memenangi majoriti mudah daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Katasnya, ini sudah tentu majoriti yang sangat tidak menentu, oleh itu PR mesti memenangi 12 lagi kerusi tambahan dari negeri lain untuk menjadikan 125 kerusi Parlimen dengan majoriti yang selesa 28 kerusi.

“Saya amat gembira dengan laporan akhbar Sarawak bahawa Bilik Gerakan BN Sarawak mengakui 11 kerusi Parlimen di negeri ini berada dalam bahaya yang mengkategorikan 31 kerusi Parlimen di negeri ini sebagai “hitam”, “kelabu gelap”, “putih kelabu” dan “putih”.

Selain Bandar Kuching yang dikategori hitam, lima lagi kawasan yang disenarai sebagai ‘gelap’ adalah Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri, manakala lima lagi – Mas Gading, Saratok, Lubok Antu, Selangau dan Hulu Rajang dianggap ‘kelabu putih’.

Keadaan di Sabah juga sangat tidak menentu, dengan 96 calon bertanding untuk 26 kerusi Parlimen (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) dan 258 calon bertanding bagi 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Jika pengundi Sabah sedar dan prihatin terhadap kepentingan untuk membawa perubahan pada PRU-13, sasaran PR memenangi antara 9 hingga 11 kerusi parlimen perlu direalisasikan untuk ke Putrajaya.

“Sekarang bolehkah Johor menyerahkan kepada Pakatan Rakyat lebih daripada satu pertiga daripada 26 kerusi Parlimen – samada 11 atau 12 kerusi?

“Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan untuk menjalankan arahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, supaya menjadikan Gelang Patah untuk mengkuburkan karier politik saya serta mengekalkan Johor kubu kuat BN.

“Saya sudah menjelaskan rasional meninggalkan Ipoh Timor, yang menang dengan majoriti lebih 21,000 undi pada 2008 untuk bertanding di kawasan berisiko tinggi, Gelang Patah yang dimenangi MCA dengan majoriti hampir 9,000 undi dan 31,666 undi pada 2004.

“Saya memilih bertanding di Gelang Patah bermakna sudah bersedia untuk kepala saya dicincang dan dalam masa sama, ia boleh menimbulkan kesedaran politik dan perpaduan di kalangan pengundi Johor, sama ada Melayu, Cina, India atau Orang Asli, menyebabkan mereka berdiri untuk mencapai impian,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...