23 April 2013

SKANDAL NAJIB TERBONGKAR !!! SELUDUP WANG RM7 BILION KE KEPULAUAN CAYMAN ??!!!

Najib SELUDUP Wang RM7 BILION Ke Kepulauan Cayman?


Masih Ingat Bilionair yang joli sakan dengan paris hilton...?
lagi banyak  gambar proksi najib SINI

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mendedahkan bahawa sebanyak RM7 bilion wang dari penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diseludup keluar ke Kepulauan Cayman menggunakan akaun rahsia.

Pendedahan tersebut dibuat Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.

Rafizi mempersoalkan mengapa wang rakyat sebanyak itu diseludup menggunakan beberapa akaun rahsia seperti yang didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB terbaru dan dilaporkan oleh akhbar perniagaan terkemuka, The Edge semalam.

BEKAS perdana menteri, Najib Razak selaku penasihat pelaburan harta berkenaan wajar menjelaskan mengapa wang tersebut disalurkan ke kepulauan tesebut kerana akaun pesisir di kepulauan itu biasanya untuk tujuan aktiviti menyembunyikan harta individu, korporat dan kerajaan secara haram bagi tujuan mengelak cukai dan menyembunyikan kekayaan dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Antara nama besar dalam politik negara yang disyaki mempunyai akaun pesisir tersebut adalah BEKAS menteri kewangan, Daim Zainuddin, BEKAS ketua menteri Sabah, Musa Aman dan ramai lagi pemimpin Umno.





Selain itu, nama pemimpin Umno seperti Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Mirzan Mahathir dan kroni Musa, Michael Chia turut dikaitkan dengan akaun rahsia di kepulauan sama.

Wang sebanyak itu adalah hasil daripada pelupusan pelaburan antara 1MDB International Holding Limited (1MDB-IHL) dengan gergasi petroleum dari Arab Saudi, PetroSaudi Oil Services Ltd (PSOSL) yang dibatalkan pada 2011.

Pelaburan dari 1MDB tersebut berjumlah USD2.3 bilion (RM7.1 bilion) iaitu merangkumi 49 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama dengan PetroSaudi.

Pada 20 September tahun lalu, KEADILAN juga mendedahkan 1MDB meminjam begitu banyak wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai pembelian beberapa janakuasa bebas milik kroni Umno termasuk dari Kumpulan Genting (Genting Sanyen) dan Tanjong Energy yang dimiliki taikun yang rapat dengan Mahathir Mohamad, Ananda Krishnan.

Berikut merupakan kenyataan rasmi KEADILAN mengenai hal ini:

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam PetroSaudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai. Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB.

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka pengadilan.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...