21 April 2013

PECAH BERITA ! KERUSI PAS DUN AYER HITAM DALAM BAHAYA...LAMBAKAN WANG SUDAH MASUK ???




Mengapa Mahathir begitu yakin dalam kenyataan beliau BN dapat merampas kembali Kerajaan Kedah, kalau dilihat dari segi sokongan peluang mereka agak tipis untuk memerintah kembali di Kedah. Tambahan masalah dalam UMNO masih belum selesai penyakit puak-puak yang menyebabkan mereka tewas pada PRU 12. 

Semalam admin dapat maklumat dari teman di Alor Setar...mengatakan orang kuat Muhkriz  sedang membawa beberapa juta tunai untuk kegunaan Muhkriz di Dun Ayer Hitam? ,  maklumat masih dalam pengesahan tetapi sumber dari orang yang rapat dengan Muhkriz....... 

Semalam pencalonan  Dun Ayer Hitam  berjalan lancar Pas lawan BN , sekalipun dianggap setara dari sudut jawatan dalam kerajaan, calon PAS DUN Ayer Hitam Abdul Ghani Ahmad dilihat berdepan dengan pengaruh calon BN, Datuk Mukhriz yang dibayangi bayang-bayang ketokohan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kehadiran bapanya sewaktu penamaan calon pagi tadi, telah menaikkan semangat penyokong dan jentera, malah mendapat sorakan antara yang paling gemuruh berbanding dua lagi calon Umno yang bertanding.

Mahathir Mohamad juga pandai melepak tepi longkang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu semasa mengiringi anaknya, Mukhriz Mahathir untuk menyerahkan borang penamaan calon di kerusi dewan Undangan Negeri-DUN Ayer Hitam pagi tadi.

Apa lagi, macai pun mengipas, inilah benar-benar pemimpin yang berjiwa rakyat kerana sanggup menunggu di tepi longkang.

Mukhriz akan menentang penyandang dari PAS, Abdul Ghani Ahmad yang merupakan seorang tokoh agama tempatan di kawasan tersebut.

Sebelum ini DUN Ayer Hitam yang berada di Parlimen Jerlun dimenangi oleh calon PAS, Abdul Ghani Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 506 undi.

Ingatkan Mahathir mengiringi calon bebas Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas. Rupa-rupanya tidak!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha... Dah agak dah..

Tanpa Nama berkata...

Mengikut kata rakan saya, calon PAS ni kurang disenangi ahli2 PAS sendiri kerana agak sombong.

Moga2 hal ini x betul. Wallahhualam.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Jaga-jaga....bukan DUN Ayer Hitam saja... TENGOK-TENGOK SAMA SELURUH NEGERI KEDAH. Perati dan pantau 2 beranak ni ( Mukhriz dan Mahathir exPM )and gerombolan BN. Pastikan insyaALLAH rakyat Kedah pilih ABCD ( Asal Bukan Cap Dacing ). InsyaALLAH Pakatan Rakyat Kedah di pimpin oleh PAS akan menang semua kerusi DUN dan semua kerusi PARLIMEN pada PRU 13/2013 ini dengan izin ALLAH.AMIIIN....

Tanpa Nama berkata...

Awas taburan wang akan melenyapkan segala-galanya.Ingat nasihat TGNA- Bagi gula kacau, bagi kain batik - pakai, bagi wang ambil tapi.......bila mengundi PANGKAH BULAN.

Tanpa Nama berkata...

Banyak munajat kepada Allah. Doa itu senjata orang mukmin.

XUMNO berkata...

Apa yang nak dihairankan dan dirisaukan. Dari dulu menabur wang adalah amalan Umno. Duit samunlah katakan. Bukan di kedah saja, tapi di pelusuk corok kampung dan negeri.Tapi rasuah Umno ni dah tak menjadi lagi. Bagi duit rakyat ambil sebab mereka tahu duit tu memang mereka yang punya.Undi sorrylah.

Tanpa Nama berkata...

ALlah dh jnji.. pihak yg benar akn mng.. klu klah n hlang negeri tu dh dkira xbtoi dh le..

Tanpa Nama berkata...

Kalau hangpa sayang negeri Kedah, kena tumpu lebih kat sini. Kasi kalah kat Mukhriz. Ayer Hitam kg isteri aku, Kg Tempayan Pecah (kat pondok Hj Bakaq). 506 majoriti menunjukkan bahawa ianya perlu kerja keras. Apalah sgt tgk kat mahadet tu? Byk sgt dosa2 buat terhadap agama dan bangsa

Tanpa Nama berkata...

Yang kaya menderma, yang miskin kutip derma. Begitulah hukum alam.

Kalau mahu ubah hukum alam, kena tanya orang yang selamba kongkek jantan dan betina. Dia orang Penang, kaya raya sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...