19 Mac 2013

Panas ! Pertembungan Mukriz-Bashah tak terbendung lagi...



Dua foto di atas... antara 300 orang dan 30,000 orang, terpulang nak letak jumlah pada foto mana

UCAPAN TUN M  SINI

Tanggal 16 Mac, hari di mana Bongkar 403 Juta mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah yang berjaya menghimpunkan kira-kira 30 ribu orang, UMNO Kedah dari team Datuk Mukhriz Mahathir turut mengadakan himpunan anak Kedah di perantauan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Sangat mengejutkan UMNO, himpunan yang mensasarkan 5,000 anak Kedah dengan cabutan bertuah sebuah Peugeot 205 rupanya tidak berupaya menarik kedatangan anak-anak Kedah yang di sana. Sebenarnya tidak sukar untuk difahami mengapa anak Kedah di sama tidak ‘terliur’ langsung dengan UMNO BN. Mereka yang bekerja di Lembah Kelang kebanyakannya adalah golongan terpelajar yang sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan politik di Malaysia, masakan golongan seperti ini sanggup hadir untuk mendengar propaganda murahan dan penipuan UMNO BN.


Di sebalik perhimpunan yang tak dapat sambutan itu tersirat satu lagi cerita yang mungkin anak-anak Kedah penyokong Kedah di Lembah Kelang tidak tahu. Kalau mereka tahu hal ini, rasanya himpunan 300 orang itu akan dihadiri kira-kira 150 orang sahaja. Himpunan itu sebenarnya ialah untuk menaikkan imej Mukhriz sebagai persediaan untuk jadi MB jika BN menang di Kedah, lalu mereka mengheret bapanya Tun Mahathir untuk turut sama beri sokongan moral.

Kelmarin Pak Dee sempat berbual panjang dengan sorang rakan UMNO dari team Datuk Ahmad Bashah. Dia mendedahkan segala-galanya... bahawa Mukhriz memang seorang yang gelojoh dalam usaha menyingkirkan Ahmad Bashah. Dia buat secara terang-terangan, tak ada cover cover lagi.. sehingga Mat Bashah pun sedar permainan Mukhriz. Antaranya, menurut cerita rakan UMNO tadi, Mukhriz gunakan semua NGO Melayu seperti Perkasa dan Pekida untuk dapatkan sokongan dan terbaru Mukhriz gunakan KCS.

“Sepatutnya Mukhriz pulun bagi BN menang dulu di Kedah, lepas tu baru pulun angkat diri nak jadi MB pun,” kata rakan UMNO tadi. Dalam hati Pak Dee kata, “Ptuihh macam laa BN boleh menang sangat.”

Usaha terbaru puak Mukhriz (kalau ikut cerita rakan UMNO tadi) ialah nak lobi Najib gugurkan Mat Bashah dari jadi calon Bakar Bata sebab kononnya dah jadi liability BN Kedah. Tudia aih sampai tara tu sekali.
Pak Dee dan kawan2 punpun main isu Bongkar RM403 tapi tarak sapa sorang pemimpin BN berani jawab buat masa ini depa dok tengah pulun pejatuh antara satu sama lain. Semoga berjaya. ~ Pak Dee Jantan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Dee...

Rasa Dato Bashah patut jadi MB pasai dia org lama dan cuba terbaik utk menstabilkan Umno di Kedah drp Shapie Bedal yg tambah porak peranda BN Kedah dulu.

Mukhriz... Entah la.. Susah nak kata mamat ni... Cuma focus Jerlun saja dan la ni sikit2 cuba kawasan lain dgn bantuan Azeeez mamak. Terus terang ya.. Kalau mukhriz dicalon sbg MB... Bungkus la Umno terus drp scenario politic Kedah sbb org kenal Dato Bashah compared dgn anak Det Kutty ni..

So Najib kena fikir baik2...

Silap letak calon MB.. Kot2 terus Umno bungkus mcm bungkusan nasi lemak royale...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...