21 Mac 2013

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT - 21HB.MAC KHAMIS - GAMBAR2 OP - KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menyusul Lagi....

update 7.30 Mlm.

Agbimuddin tinggalkan Sabah 11 Mac, sembunyi di selatan Filipina, kata Jeneral


Hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

Lahad datu - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

“Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur











Sumber-Kementerian Pertahanan


SIDANG MEDIA YBHG. PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 108 tangkapan manakala tangkapan kes-kes lain seramai 268 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang meninggal seramai 9 orang manakala jumlah cedera juga seramai 9 orang.

Pada 20 Mac 2013, seramai 8 orang pengganas telah di tuduh di bawah Akta Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) di Mahkamah Majistret Sementera Lahad Datu dan pada 21 Mac 2013, lapan orang pengganas ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih diteruskan. Semasa proses pembersihan/penggeledahan sedang dilakukan kelmarin.

11.30 pagi telah berlaku tembak menembak menyebabkan seorang lagi pengganas mati ditembak dan seorang pengganas wanita berjaya di tangkap. Dalam pertempuran ini, seorang pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan



8 Pengganas Didakwa, 2 Daripadanya Berdepan Hukuman Mati

SULU

TAWAU – Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding di hadapan Hakim P. Ravinthran berlangsung dan mereka hanya dibacakan pertuduhan untuk mencatatkan sama ada memahaminya atau tidak.

Ravinthran membuat keputusan untuk tidak merekod pengakuan setelah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya perkara itu dilakukan setelah kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Pertuduhan dalam bahasa Melayu itu diterjemah ke bahasa Bajau serta Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...