DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah
DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.
Penemuan itu adalah pembongkaran terbaru setelah pendedahan mengejutkan wujudnya 60,000 pengundi, pemegang kad pengenalan ‘bermasalah’ oleh Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak yang didedahkan dalam RCI Sabah.
Menurut Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, kehadiran senarai panjang pengundi meragukan itu memburukkan lagi keadaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan satu siasatan bersama bagi memastikan pemegang Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang mendapat taraf warganegara dan layak mengundi melalui proses yang betul.

“Kalau mereka didapati mendapat taraf warganegara melalui proses yang meragukan, kita desak SPR keluarkan mereka daripada senarai daftar pemilih,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kian Ming, kebanyakan pengundi “Merah” dan “Hijau” yang mendapat taraf warganegara dan layak mendaftar sebagai pemilih ditempatkan di kerusi yang mempunyai ramai pemegang kad pengenalan “bermasalah”.
“Antara kawasan yang mempunyai peratus teramai pemegang kad pengenalan “bermasalah” ialah di Parlimen Silam (P188) sebanyak 12.1 peratus, Parlimen Tawau (P191) 17.7 peratus dan Parlimen Kalabakan (P191) mencatatkan 22.8 peratus,” jelasnya. – Roketkini.com
LAGI CONTOH KEPINCANGAN SPR..SATU PERANCANGAN PENIPUAN TERANG-TERANG.....
IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal ‘Terbalik’ Membantu Penipuan Pilihanraya
Kenyataan Terbuka
22 Mac 2012
IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal ‘Terbalik’ Membantu Penipuan Pilihanraya
Berikutan pendedahan sensasi di media apabila seorang anggota trafik yang juga seorang blogger pro-Umno boleh mengundi dua lokaliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan semua pihak bahawa terdapat sindiket terancang yang ‘dibiarkan’ berlaku demi untuk Umno terus berkuasa.
Ini bukan kes terpencil, ia boleh berlaku di kalangan semua anggota polis dan tentera khususnya yang telah tamat perkhidmatan dan berhenti. Dengan dua pengenalan diri, ‘IC tentera’ dan juga ‘IC awam’ digunakan untuk mengundi lebih dari sekali dan kes blogger pro-Umno ini adalah bukti yang jelas.
Berapa ramai jumlah anggota tentera dan polis yang sudah tamat perkhidmatan yang berisiko menafikan sistem demokrasi dengan menjadi pengundi hantu? Ia juga menunjukkan betapa SPR tidak pernah serius membersihkan senarai pengundi lantas menjadi salah satu jalan penipuan pilihanraya.
Di atas sebab yang sama, majoriti rakyat hari ini menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengekang pengundian lebih dari sekali oleh individu sama.
Namun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan ballot (kertas) mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem ‘terbalik’ ini.
Justeru itu, SAMM mendesak supaya penggunaan celupan dakwat kekal harus dilaksanakan dengan sistem yang lebih berkesan iaitu dengan meletakkan syarat hanya jari yang bersih tanpa dakwat kekal sahaja layak mendapat ballot mengundi.
Jika SPR terus menggunakan sistem yang serba pincang, ia jelas bermakna pelaksanaan penggunaan dakwat kekal yang diumum hanya untuk mengkaburi mata rakyat. Malah ia menjadi satu cara untuk terus menipu dalam pilihanraya. Demokrasi terus dinafikan secara terselindung!
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan