17 Mac 2013

PANAS ! BELUM SAMPAI PUTRAJAYA HANGPA DAH CEMPERA....GASAK KAT HANGPA LAH...!!!


Bagan Serai hampir pasti bertanding 3 penjuru untuk PRU13?

Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru di Bagan Serai, yang salah bukan PAS tapi PKR atau lebih tepat lagi salah Azmin pasai Azmin yang berkuasa dalam PKR lebih pentingkan kedudukannya dalam PKR dari kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Sinarharian Khamis lepas melaporkan pasai satu sidang media oleh PAS Kawasan Bagan Serai yang katanya nekad akan letak calon bertanding di dua kerusi yang PKR bertanding pada PRU12 dulu, kerusi Parlimen Bangan Serai dan Dun Alor Pungsu.

Bagi penyokong ABU terutama sekali yang cenderung kepada PKR tentu punya tak puas hati pasai apa pulak PAS Bagan Serai tamak sangat nak bertanding semua kerusi macam tu.

Tapi bagi yang faham keadaan sebenar terutama sekali yang cenderong kepada PAS tentu boleh terima ketamakkan PAS Kawasan Bagan Serai tu.

Sebenarnya depa bukan tamak sangat pun yang bertanding semua kerusi, kalau boleh dapat 1 dari 2 kerusi tu pun dah ok, samada kerusi Parlimen bangan Serai atau pun kerusi Dun Alor Pungsu.

Bagi yang taktau atau pun yang dah terlupa, kerusi Bagan Serai adalah kerusi tradisi PAS malah adalah kerusi yang PAS biasa menang di Perak selain dari Parit Buntar, Parit dan Bukit Gantang.

Untuk PRU12, PAS Bagan Serai berlapang dada serahkan kerusi tu untuk PKR bertanding tapi jentera PKR di Bagan Serai bertindak celaka, langsung tak tolong YB Hj Tempirai sampai pak aji tu ambik keputusan bertukar jadi katak lompat jadi wakil rakyat bebas.

Kalau Hj Tempirai tu macam katak-katak lain di perak yang memang jelas pengkhianat mungkin PAS Bagan Serai tak berapa nak marah kat PKR tapi masalah di Bagan Sewrai lebih kepada masalah jentera PKR, bukannya masalah wakil rakyat.

Pasai tu lah PAS Bagan Serai tak setuju PKR bertanding lagi kali ni pasainya jentera yang ada sekarang ni masih jugak jentera yang sama yang ada masa Hj Tempirai bertukar jadi katak dulu. Apa jaminan jentera PKR sekarang tak sabotaj wakil rakyat kalau calon PKR menang lagi?

Kebarangkalian PKR untuk serahkan kerusi parlimen Bagan Serak kepada PAS mungkin dah tertutup rapat memandangkan masa ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai kelmarin Anwar Ibrahim dah istihar Dr. Mohd Nor Manuti sebagai calon Parlimen Bagan Serai.


Tapi, calon untuk Dun Alor Pungsu belum diistihar. Aku harap sangat kepimpinan PKR Pusat terutamanya Azmin Ali ambil kira pebih kepentingan politik untuk kerusi Alor Pungsu. Pasainya kalau Dun Alor Pongsu pun calon PKR bertanding maknanya ahli dan penyokong PAS di Dun Alor Pungsu tak berpeluang untuk pangkah calon dari PAS.

Tak mustahil situasi macam PRU12 akan berulang di mana jentera PAS tinggal terus Dun Alor Pongsu, pi buat kerja di Dun Gunung Semanggol atau Selingsing sampai tahap tak pi mengundi pun ada yang mengakibatkan calon PKR kalah tipis di Dun Alor Pungsu.

Yang lebih digusarkan, sentimen sekarang ni nampak lebih hebat dari sentimen masa PRU12 dulu, dan kemungkinannya lebih ramai yang akan tak keluar mengundi kali ni. Aku risau bukan saja Dun Alog Pungsu akan kalah lagi tapi Parlimen Bagan Serai pun akan kalah jugak.

Kalau Alor Pungsu calon PAS yang bertanding mewakili PR aku cukup yakin kemenangan untuk Parlimen Bagan Serai pun memang dalam tangan dan Pakatan Rakyat kompom akan sapu bersih 4 kerusi di Bagan Serai tu.

Memang ada benarnya bila ada yang kata PKR dah berlapang dada pasai katanya akan serahkan kerusi Dun Sungai Manik dan Changkat Jering kepada PAS, jadinya PAS tak patut tamak minta lagi kerusi Alor Pungsu. Tapi realitinya PAS minta kerusi-kerusi tu bukan pasai tamak tapi demi kemenangan Pakatan Rakyat

Realitinya situasi di dua Dun Sungai Manik tu sebenarnya sama macam di Alor Pungsu, dan kalau PKR serahkan kerusi Dun Sungai Manik dengan hujjah dan alasan yang sama PKR patut serakhan jugak kerusi dun Alor Pungsu.

Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru di Bagan Serai, yang salah bukan PAS tapi PKR atau lebih tepat lagi salah Azmin pasai Azmin yang berkuasa dalam PKR lebih pentingkan kedudukannya dalam PKR dari kemenangan calon Pakatan Rakyat

Bab Azmin dan kaitannya dengan kemelut kerusi di Bangan Serai ni aku malas nak ulas kali ni, mungkin aku ulas lain kali, tu pun kalau aku rajin... Hahaha... ~ cenangau



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ahli PKR tak berapa ada. Boleh dikatakan semua kpg di DUN alor pongsu ada cawangan Pas. Macam mana Pas nak tolong, kalau yg bertanding satu kerusi pun PAS tak ada dan mengharapkan perbelajaan dari Pas.

kriss aen berkata...

setuju!!ahli pkr byk jd katak

mat shah berkata...

dimana2 pun 100% jentera kempen dari PAS... PKR hanya meletak calon saja, bila menang lompat... patut kaa??

Tanpa Nama berkata...

Pas terkuat di Perak.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Anwar... bagi 1 kerusi kemenangan percuma untuk BN di Parlimen Bagan Serai dengan mencalonkan Dr. manuti di situ. Kat situ kan kawasan tradisi PAS, dan sentimen pengundi disitu mahu calon PAS. Bagi kat Dr. manuti confirm PR tak menang punya... PKR dan PAS kompromi la... letak calon PAS di Bagan serai dan mungkin PAS bagi kawasan lain seperti Kuala Kangsar atau kawasan lain untuk PKR ... tu pun tak reti? Kalau Anwar ego jugak nak tunjuk terror... bagi pi la BN menang.. baru padan muka.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh. PKR ni macam celaka. Patut boh calun PAS saja. Jangan buat taik lagi kali ni. Kami sokong penuh PAS letak calun dan bertanding 3 penjuru.

Tanpa Nama berkata...

macam mana Anwar nak tawan Putrajaya kalau benda macam ni pun dia tak reti nak baca, betui la orang kata Anwar ni tak smart. najib lagi pandai rasanya. kelibat Dr Manuti tak pernah ada di Bagan Serai, alih2 nak bubuh dia kat situ, sapa nak terima dia. Lagi2 kawasan tu majoriti orang PAS, mana nak terima org macam tu. Haji tempirai dulu menang hanya pasai dia kulaan dan sokongan dari pengundi PAS. Nak harap pengundi PKR tak menanglah Dr Manuti tu.

Tanpa Nama berkata...

harap mesej ni sampai dan diambil perhatian oleh DSAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...