19 Disember 2011

PRU-13 akan guna dakwat kekal, kata SPR

PUTRAJAYA, 19 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 — memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, contoh dakwat kekal yang akan digunakan telah pun dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan pengesahan kandungan.

Laporan ujian dijangka akan diperoleh dalam tempoh seminggu.

LAGI BERITA BERKAITAN:

SPR: Anggota tentera, polis boleh undi awal di peti undi

PUTRAJAYA, 19 Dis — Anggota tentera dan polis akan dibolehkan mengundi seperti pengundi-pengundi normal — tetapi lebih awal dan tidak akan dikategorikan sebagai pengundi pos, demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata, urusan pengundian itu akan diadakan beberapa hari lebih awal bagi memudahkan anggota tentera dan pasangan mereka, serta polis di kem masing-masing.

“Proses ini masih sama seperti pengundian menggunakan peti undi. Tiada sampul surat lagi.

“Ia akan diadakan dua atau tiga hari lebih awal agar mereka boleh pergi menjalankan tugas ketika hari pengundian,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun Aziz berkata, pengundian pos masih akan digunakan dalam situasi anggota pasukan keselamatan tidak boleh hadir mengundi awal.

“Bagi mereka yang tidak boleh mengundi awal, boleh memohon kepada pengurus pilihan raya untuk mengundi secara pos,” kata beliau sambil menjelaskan bahawa peraturan bagi pengundian pos masih kekal sama.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...