22 Disember 2011

TUN MAHATHIR MEMANG MANUSIA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Pinjaman Bank Dunia Dipohon Mahathir Selaku Pengerusi MTEN


KUALA LUMPUR: KEADILAN sekali lagi mendedahkan pembohongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hari ini mendakwa tidak pernah memohon pinjaman daripada Bank Dunia.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Mahathir meneruskan pembohongan itu dengan menulis kononnya rundingan terakhir dibuat pada 1997, dengan niat untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman berkenaan.

“Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia,” kata Rafizi dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk dokumen permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta daripada Bank Dunia yang dibuat atas arahan Dr Mahathir sendiri selaku Pengerusi National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Laporan Awal Permohonan Pinjaman itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (NERP) yang diumumkan Julai 1998.

“Permohonan juga dibuat oleh kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir,” kata Rafizi.

Katanya, NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif nya iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Mahathir.

Manakala Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada perdana menteri ketika itu.

“Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.

Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman menyebut tarikh-tarikh penting iaitu permohonan itu mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998

Manakala Pasukan penilai dari Bank Dunia pula berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998, dan rundingan hanya bermula 1 Februari 1999.

“Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan,” tegasnya.

Komen : Tun Mahathir & Tun Daim dua orang bekas menteri kabinet yang paling kaya bertaraf bilion yang telah menyapu kekayaan Malaysia diatas DEB sebabnya tahap ekonomi bumi tidak berkembang.

1 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam,

Tun...Tun Daim tu, jgn lupa dia nanti bila selongkar kehilangan berbillion duit rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...