23 Disember 2011

TERKINI: SPRM serbu pejabat NFC

SPRM serbu pejabat NFC
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) dilihat memasuki ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional (NFC), NFCorp di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan.
Mereka dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini.

NFCorp merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu berkenaan yang terletak di Gemas Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat ‘Datuk’ semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...